Kembara ke Tasik Chini beberapa bulan lepas mengingatkan saya akan seorang wanita berbangsa India. Nanti sambung cerita pasal wanita ni..
Ok, menjelajah tasik bukannya untuk melepaskan tekanan walaupun baru tamat 'midsem exam' masa tu tapi kami perlu mengambil sampel air tasik.
pemandangan indah semasa menaiki bot
Nak kajilah..tercemar tak air tasik tu,.. saya dan beberapa lagi kawan yang mengambil kursus mikrobiologi kesihatan dan persekitaran perlu menyelesaikan misi itu. Bagi yang mengambil kursus elektif lain, dapat saya bayangkan keasyikan mereka memeluk bantal dan bersantai di kolej.
profesor kesayangan bersama teman - teman
Perjalanan dari kolej ke tasik tersebut mengambil masa kira – kira empat jam, ni pun jika jalan tak sesak sangat. Pagi – pagi lagi, kami dah bertolak dengan menaiki sebuah bas persiaran. Ok, sambung cerita..
Seorang wanita India sedang berdiri berdekatan bas tersebut.
Bisik hatiku, siapalah agaknya wanita ni, mungkin pembantu makmal. Tak lama selepas itu, dia pun turut menaiki bas, duduk depan, seorang diri tapi berdekatan tempat duduk pemandu.
Oooohhh…isteri kepada pemandu bas..rupanya !
Saya nampak dia diam saja, jadi saya ni pun ‘join the group’. Inilah peluang keemasan, mudah – mudahan ada sesuatu. YA,..MEMANG ADA SESUATU.
Saya fikir, saya yang busy body…rupa – rupanya, wanita India tu pun ada klas tersendiri..maksud saya lebih peramah berbanding saya..hehe..
Saya panggil dia ‘kak’. Kami berkenalan, seronok juga berbual dengan kakak tu. Kasihan sahabat saya noor, saya tinggalkan dia duduk di belakang seorang diri. Takpe, dia faham, saya sedang ‘bertugas’ menyebarkan kebenaran.
Kakak ni saja mengikuti suaminya, dan mereka pun memang tinggal di sekitar Pahang. Dia sempat lagi menunjukkan saya jalan ke rumahnya sebelum tiba di Tasik Chini. Sepanjang perjalanan, kami asyik bercerita..padahal hajat saya cuma mahu mencuri masanya sebentar. Sebab baru habis peperiksaan mid-semester, jadi seminggu sebelum tu asyik berjaga malam. Mengantuk sakan kawan…tahan je lah…
Ni antara topik menarik dalam perbualan kami ..HARGA BARANG NAIK, KOS HIDUP TINGGI, KELUARGA, CINTA, IBU BAPA, …. Banyaknya ilmu yang saya dapat. Subhanallah, Alhamdulillah..
Kakak tu beragama hindu. Kuat agama, jangan main – main,.. tapi dia memang menghormati agama Islam, sekejap saya bercerita tentang keindahan islam sekejap dia bercerita tentang agamanya pula.
Bila dia menasihati saya tentang cinta antara dua benua, berdebar juga hati ni,.. suaminya seperti sedang memerhatikan kami yang sedang rancak berbual.. Dan bukan saya yang memulakan topik cinta dan keluarga ni. But, i don't care. I am open-minded person.
Saya masih ingat lagi. Katanya, “Kesuma, jangan terburu – buru membina rumahtangga. Apatahlagi, nak buat anak pertama”.
Oppsss.. ok, harap saya tak salah dengar.“Akak dulu..dah banyak kali makayah pesan, belajar betul – betul, biar dapat sijil atau ijazah ke.. akak faham juga, kami keluarga yang susah, tak kaya, ibu bapa pun tak dapat menampung kos pembelajaran akak. Bila jumpa lelaki yakni suami saya sekarang, saya fikir dengan berkahwin dapatlah mengurangkan beban yang ditanggung. Memang pada awal perkahwinan, kami hidup bahagia, ada duit simpanan..tapi beberapa tahun berikutnya, kami ditimpa ujian. Kami sangat susah, hutang kelilling pinggang. Tambahan pula, duit yang kami ada dipinjam oleh kawan suami saya dan tak dibayar semula. Cuma sekarang lah, suami saya dapat pekerjaan, dan akak pula bekerja di kedai ‘handset’. Akak sekadar lulus ‘PMR’, tak boleh memilih kerja”.
“Nanti, bila kesuma dah kahwin, pastikan simpan sedikit duit untuk perbelanjaan anak pertama, makan..minum..baju..susu tepung anak.. semua ni perlu dirancang dengan baik agar kita tak merana juga. Kita nak buat anak saja tapi tak buat persediaan yang terbaik untuk menyambut kelahirannya. Kasihan anak”.
“Walauapapun, tuhan memang baik. Akak percaya, kami diuji susah sekarang..tak lama lagi pasti Tuhan kan beri kesenangan juga”.
Saya anggukkan kepala, tanda setuju lah..walaupun memang terasa saraf bekerja keras menghantar maklumat begitu pantas, memanaskan enjin otak untuk berfikir dengan lebih mendalam akan makna ‘ayat – ayat cinta’ yang cuba disampaikan oleh akak ni. Banyak perkara lagi yang akak tu cakap tentang cinta dan keluarga, tak mampu saya tuliskan di ruangan ni.
Berselang – seli kami bertukar – tukar tazkirah, puas hati walaupun lama berbual. Dan saya..'YES' berjaya mengutip mutiara – mutiara bernilai untuk dijadikan harta serta hiasan sebuah mahligai syurga bersama suami tercinta nanti. Romantis pula kata – kata ni. Ish..ish..
Yang lucunya adalah tentang tajuk ‘post’ ni. Habis saja perbualan kami, saya boleh pula terlena hampir sejam di bahu wanita India tu. Mungkinkah suaminya nampak saya tidur disamping isterinya…Malunya,
Saya tersedar pun bila kawan – kawan nak berhenti rehat di sebuah ‘rumah rehat’.
“Maaf kak, saya tertidur..mesti lengan akak terasa ‘keberatan saya’ kan..sakit ke..”, saya meluahkan rasa hati, walaupun malu..
“Takde lah kesuma, akak senang bertemu kamu..”.
Kesuma melihat sesuatu pada wajahnya, terserlah cahaya kasih sayang, senyuman mesra..tanda ikatan antara manusia. Semoga dia menemui KEBENARAN.
Labels: kembara
1 comments:
Mantap..
Perkongsian yang baik.. Tidak rugi berkongsi sesuatu tatkala selesai suatu 'misi kembara'..
Sekurg-krgnya ada something berharga.. Teruskan.
Post a Comment