Jangan terus menerus menyalahkan diri.
Berilah peluang kepada diri untuk mencuba lagi hingga berjaya.
Kata – kata yang berjaya menembusi hatiku pada suatu malam yang hening, memang pada malam itu, kepalaku terasa sakit sekali. ‘Migraine’..? Entahlah, sakit yang teramat sangat, seperti nak hentakkan kepala ke dinding. Hatiku degil nak menelan ubat, ubat panadol? Macam tak makan saman..
Dua kalimah ayat di atas mengurangkan sedikit fokus fikiran ku tentang 'migraine' yang kurasa. Kata – kata nasihat daripada seorang teman yang sedang menuntut di luar negara kepada teman sebilikku. Teman sebilikku kemudian bercerita tentang kata – kata motivasi yang dia terima itu kepada aku.
Teman sebilikku kata, dia sangat suka dengan kata – kata motivasi itu, mungkin juga sebab dah imun asyik mendengar kalimah ‘bersabarlah,pasti ada hikmahnya’..’mungkin usaha masih kurang’…dan sebagainya lagi.
Kebetulan, aku dikelilingi oleh sahabat – sahabat yang memang ketagih ‘A’ dalam subjek yang diambil. Aku pula? Seperti hilang rasa terhadap ‘A’ sejak memasuki universiti. Ya..kerana aku telah mengubah pemikiran ku untuk tidak menilai dengan ‘A’. Tapi, bukanlah bermakna aku tidak mengusahakan ‘A’.
Setiap kali bila mengambil slip keputusan peperiksaan semester, tidak kiralah banyak ‘A’ atau sebaliknya..aku tetap kan keluar dari pejabat pengurusan fakulti dengan senyuman lebar, tak minat nak merungut apatahlagi sibuk – sibuk mengerling mata melihat slip keputusan kawan lain.
Setiap kali tiba hari menerima slip keputusan peperiksaan, ada pelbagai alasan yang dikemukakan sebagai menyokong sebab kegagalan, sebab kejayaan, sebab kesederhanaan, sebab banyak ‘A’…atau ‘C’.
Ada yang menyalahkan diri sendiri, tak belajar sungguh – sungguh, ada yang mengomel tentang sistem pembelajaran di universiti kurang efektif, cara pensyarah mengajar tidak menarik dll. Panas juga telinga aku mendengar luahan hati mereka dalam lif menuruni pejabat pengurusan itu.
Ada juga yang sengaja melewat – lewatkan diri untuk mengambil slip sebabnya mereka dah seolah – olah dah ada ‘instinct’, for sure got bad result’….
Mengapa kita tidak ingin menasihati diri untuk menghargai apa yang telah diri kita usahakan?
Sebesar mana pun, atau sekecil mana pun usaha yang telah kita lakukan, tidakkah lebih indah jika kita menghayati lalu menghargai hasil usaha kita, seterusnya mensyukuri apa yang telah ditetapkan Allah kepada kita. Ada insan yang sukar menerima kegagalan dalam hidupnya, tetapi sedarkah kita bahawa yang dikatakan individu yang berjaya itu bukan lah yang tidak pernah gagal.
Diri kita membenarkan keperluan pertukaran siang dan malam, putaran roda yang sekejap ke atas dan ke bawah tetapi berat untuk membenarkan kehadiran kegagalan untuk sementara menggantikan kejayaan?
Aku bukan menggalakkan kegagalan tapi ingin mengajak diri kita berfikir akan hikmah besar kehadiran sebuah kegagalan yang menyerikan lagi nilai kejayaan dalam hidup kita di dunia yang fana ini.
Soal banyak ‘A’ atau tak, berjaya mendapat anugerah atau tak,…bukan hal utama yang perlu diperjuangkan tetapi niat!!!
Niat kita semasa menuntut ilmu..semoga ikhlas kerana Allah, bukan berkehendakkan pada pujian manusia mahupun imbalan apabila berjaya menguasai sesuatu ilmu.
Perjuangkan niat yang ikhlas bila menuntut ilmu, biar redha Allah yang berjaya kita raih.
Labels: motivasi diri
1 comments:
bagus entry nie..
Post a Comment