Terbaring dalam kegelapan, ligat sungguh fikiranku..berputar pada dimensinya….
Terdengar bisikan yang menggetarkan jiwaku, dahsyatnya bisikan – bisikan ini.
“Aku sayangkan ALLAH., “, bisiknya.
“Pembohong”, balasnya juga. “jika benar engkau jujur dalam cintamu..cuba engkau fikir, mengapa dalam solat engkau masih memikirkan insan lain? Bukannya sekejap tapi hampir selang beberapa saat dalam solat engkau lalai daripada mengingati ALLAH, seolah – olah engkau tidak faham bahawa solat adalah hak ALLAH,”.sambungnya lagi.
“Tidak..tidak……….. bukan begitu, aku benar – benar sayangkan ALLAH, Cuma aku tak mampu memberikan sepenuh perhatian ku kepada ALLAH, aku pun tak tahu bagaimana lagi harus ku menghadapi semua ini..”, rintihnya lagi.
Hampir setiap hari sebelum tidur pada waktu malam, bisikan ini sering datang bermain – main dalam fikiran, TOLONG !!! YA ALLAH, betapa sukarnya nak lelapkan mata.. aku cuma nak lelapkan mata,
Ku bangun segera..dan menulis cerita ini. Inilah bisikan hatiku hampir setiap malam, kesukaran yang ku hadapi untuk mencapai makam kekhusyukan, apakah cinta ku ini boleh menjamin ke syurga? Apakah hanya sekadar ucapan di bibir semata – mata? Cukupkah dengan amalan yang kadangkala ada unsur riak yang menyelit. Ditepis sekuat – kuatnya rasa sombong yang ada, tetapi YA ALLAH betapa sukarnya menghadapi dunia akhir zaman ini.
Apabila keluar sahaja dari rumah, hatiku bergetar. Semoga tidak memandang kemaksiatan. Semoga tidak terdengar kata – kata dusta dan fitnah. Semoga terpelihara hati yang memang masih dalam rawatannya. Tiada siapa dapat menjamin semua ini. Ayat kursi dibaca. Aku Cuma ingin keluar menuntut ilmu, keluar membeli barang keperluan, keluar menjalin silaturrahim……… aduh, jarang sekali balik ke rumah tanpa terkena tempias kemaksiatan, bermula daripada maksiat hati, mata, telinga, dan lainnya.
Wanita ditepian jalan, dibandaraya atau kampung seakan sama sahaja, Cuma dibandar terserlah kemodenannya. Aurat seperti biasa menjadi tontonan kaum lelaki. Yang memakai kopiah, serban ataupun tak semuanya terkena tempias. Bagaimana hendak mencapai makam kekhusyukan jika dunia seperti ini. Aku ingin menjaga hatiku. Aku cuma ingin menjaga hatiku. Wahai saudaraku, yang wanita dan lelaki, muslimin dan muslimat……… aku cuma ingin menjaga hati. Aku cuma ingin menjadi hamba ALLAH yang baik, sudikah kalian membantuku,? Tolong janganlah melanggar perintah ALLAH, TOLONG TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA, jika kalian tidak takut kepada ALLAH, terserah……. Tapi, tolong jangan babitkan saudaramu yang ingin mencari kebahagiaan di sisi ALLAH.
Boleh kah aku menyuarakan semua ini kepada mereka?....... aku tak berkemampuan, kerna itu, tolonglah mari kita berdakwah bersama – sama agar kita dan mereka tidak rugi di akhirat nanti. Aku cuma ingin menjaga hatiku. Aku cuma ingin khusyuk dalam solatku. Dan aku ingin mengajak kepada yang mahu untuk sama – sama dekat kepada ALLAH.
Dan esok, apakah sama seperti hari ini juga.. semoga bila ku keluar dari rumah..terlindung dari fitnah dunia. Hatiku bermonolog seperti ini pada malam jumaat. Semoga ALLAH memberi hidayah kepada kita.
YA ALLAH, semoga perkongsian ringkas ini meyedarkan hati yang leka dan diri ini yang daif.
0 comments:
Post a Comment