Sunday, October 05, 2008

keterlewatan mahasiswa


"mengapa tak hadir kuliah semalam?..", tanya pensyarah itu kepada mahasiswa yang tidak datang kelas semalam. hampir lebih daripada separuh kawan - kawan sekelas tidak menghadiri kuliah pensyarah baru itu. memang tragis juga apabila pensyarah baru tu tegas orangnya lebih - lebih lagi apabila menyentuh soal masa. sebenarnya, kawan - kawan sekelas ni bukan sengaja tak datang tapi terlewat datang kelas seperti biasa.



siapa tahu pensyarah baru ini agak berbeza karakternya... hari itu, kawan - kawan sekelas yang tak datang tu diminta berdiri dan mengemukakan sebab masing - masing. ada pelbagai masalah dan sebab yang diberitahu, tidak kurang juga sebab yang lucu.. sakitlah, jalan sesaklah, tertidurlah... tapi, pensyarah ni boleh tahan juga, taklah dia mendera kawan - kawan sekelas berdiri sampai penghujung masa kuliahnya. dia suruh duduk juga semua akhirnya.

ha... kemudian, sambung leteran.. " kamu ni, sampai bila nak berubah? saya ni guru kamu, pensyarah kamu, ada keluarga, suami dan anak - anak yang perlu diuruskan sebelum datang bertugas mengajar kamu tapi saya boleh saja menepati masa. tapi, kamu yang nak datang menuntut ilmu tidak tahu MENGHARGAI ILMU...! YOU KNOW, APPRECIATION TO THE KNOWLEDGE,..", habis terkedu kawan - kawan sekelas mendengar ceramah itu pagi - pagi lagi, jam 8.00 pagi.

sambung lagi, ".......macam mana kamu nak mendapat keberkatan ilmu sekiranya guru ini, masa ini tidak kamu hormati...! you do not appreciate the knowledge.., here,knowledge is not about exam only, understand? ", bercampur - baur bahasa pensyarah tu memberi teguran kepada mahasiswa kita yang bakal memimpin negara pada masa hadapan.

bayangkanlah sekiranya sikap ini tidak berubah, dan inilah bakal pemimpin negara kita maka tunggulah kemunduran negara dan bangsa tidak lama lagi.


MASA UNTUK BERUBAH ! slogan PAS termasuk pakatan rakyat dalam pru baru - baru ini. mahasiswa juga sepatutnya sentiasa membisikkan slogan ini ke dalam hati dan telinga masing - masing. MASA UNTUK MAHASISWA BERUBAH !!! mungkin slogan yang boleh diguna pakai untuk prk tidak lama lagi. mungkin kurang sesuai tapi yang berkenaan boleh mencari yang sewaktu dengannya.


bercerita mengenai masa, keberkatan ilmu, penghargaan terhadap ilmu,..
di negara kita ini, bukan sahaja di sekolah rendah, menengah atau institusi pengajian tinggi, fenomena seperti yang diceritakan di atas seolah - olah telah menjadi kebiasaan. lagi mengecewakan apabila mahasiswa yang banyak terlibat dalam fenomena ini.



tidak semua mahasiswa berjaya datang tepat pada masanya untuk kuliah - kuliah yang mereka perlu hadiri. malahan, mungkin ada yang menganggap kuliah itu tidak penting, tak perlu, membuang masa, belajar sendiri berpandukan buku lagi baik... (boleh sesat sekiranya mempelajari sesuatu ilmu tanpa guru), lalu mahasiswa yang suka hidup dengan anggapan seperti ini selalu saja ponteng kuliah atau kelas tutorial. kadangkala, ada mahasiswa yang lagaknya seperti pensyarah bilamana datang kuliah lewat 5 minit, 10 minit, 15 minit... pun ada yang sampai 30 minit setelah masa pembelajaran bermula.

pernah suatu ketika, seorang pensyarah menyuruh mahasiswa yang lewat datang agar keluar dari dewan kuliah. tanpa memberi salam atau sebab kelewatan, mahasiswa itu memasuki dewan kuliah seolah - olah tidak melihat kehadiran pensyarah yang sedang mengajar.


ketahuilah wahai para penuntut ilmu, kita tidak akan dapat memperolehi ilmu dan tidak akan dapat memanfaatkan ilmu, kecuali kita mahu memuliakan ilmu dan ahlinya, mahu memuliakan serta menghormati guru. ada pepatah menyebutkan bahawa, "hormat lebih baik daripada kepatuhan". ingatlah, seseorang tidak menjadi kafir dengan melakukan maksiat tetapi kekafiran itu datang kerana sikap menganggap ringan terhadap maksiat dan mengetepikan kehormatan.

salah satu daripada sikap menghormati ilmu ialah menghormati orang yang menyampaikan ilmu tersebut, yakni guru.


saidina Ali k.w pernah berkata :
"aku adalah hamba kepada orang yang pernah mengajari aku satu huruf, ia boleh menjual, boleh melepaskan dan boleh menjadikan daku sebagai hamba".

antara adab atau cara menghormati guru ialah :
1. jangan berjalan dihadapannya
2. jangan duduk ditempat guru
3. jangan memulakan percakapan dengannya kecuali dengan kebenarannya..


ada banyak lagi lah cara menghormati guru ni. secara ringkasnya, yang dimaksud menghormati serta memuliakan guru ialah berusaha sedapat mungkin melakukan apa yang disukainya dan menjauhi apa yang tidak disukainya, serta patuhlah apa yang disuruhnya, kecuali suruhan melakukan maksiat kepada ALLAH TA'ALA, kerana tidak boleh patuh kepada makhluk manapun dalam hal berbuat maksiat kepada ALLAH.

berbalik kepada teguran dan nasihat pensyarah tadi, mungkin memang ada mahasiswa yang tidak puas hati melihat keadaan ini, tapi mari kita muhasabah bersama fenomena ini. siapakah yang salah? bagaimana nak perbetulkan keadaan ini? dicadangkan, bermula dari sendiri.. semua pihak memainkan peranan masing - masing.

kepada mereka yang suka melayari blog saifulislam.com, ustaz hasrizal selalu menyebut tentang "begin with the end in mind",.. maka, mari kita berfikir, seandainya mahasiswa terus mengambil ringan soal kuliah, ketepatan masa, tunggulah kelahiran pemimpin negara yang lemah. pemimpin yang lemah boleh menyusahkan rakyat dan membinasakan negara.

wallahu'alam.

0 comments: