assalamu'alaikum wbt...
ya ALLAH,..ramadhan semakin hampir pada penghujungnya. Semoga ENGKAU sudi memilih kami antara hambaMU yang berpeluang menikmati lailatulqadar MU.
pada malam jumaat yang indah ini, suka sekali hambaMU berkongsi tentang sifat warak ketika menuntut ilmu. kebanyakan muda - mudi islam zaman kini semakin melupakan keperluan sifat ini menyebabkan kurang keberkatan dalam menuntut ilmu.
ada hadith yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w yang menguatkan hakikat tentang perlunya sifat warak ketika menuntut ilmu yakni bermaksud :
"Sesiapa yang tidak bersifat warak semasa belajar akan diuji oleh ALLAH Ta'ala dengan salah satu tiga perkara : ada kalanya ia dimatikan ketika mudanya, dijatuhkan ke dalam rustak dan dicuba dengan berkhidmat kepada raja".
penuntut ilmu yang bersifat warak maka ilmunya akan lebih bermanfaat, lebih mudah baginya mengikuti pembelajaran dan lebih banyak faedah yang diperolehinya.
sebahagian daripada tanda - tanda warak yang sempurna itu ialah :
1. menghindari makan hingga kekenyangan, terlalu banyak tidur serta banyak bercakap tentang hal - hal yang tidak mendatangkan faedah.
2. memelihara diri daripada memakan makanan yang dibeli di pasar kerana makanan pasar lebih dekat kepada kecelakaan dan khianat serta menjauhkan hati daripada mengingat ALLAH, juga lebih hampir kepada sifat lalai.
makanan yang dibeli dari pasar kurang berkat kerana ia sudah dilihat oleh fakir miskin sedang mereka tidak mampu membelinya. Kerana itu, secara tidak langsung mereka merasa disakiti. maka sebab itulah, hilang keberkatan makanan itu.
Syeikh Al - Imam Al - Jalil Muhammad bin Al - Fadal r.a. tidak memakan makanan yang diperolehi dari pasar ketika beliau menuntut ilmu. adapun ayahnya tinggal di rustak, maka menyediakan makanan untuknya dan masuk ke dalam tempat itu pada hari juma'at, ayahnya melihat roti yang dibeli di pasar ada dalam rumah itu, ia tidak bercakap dengan anaknya kerana marah, lalu anaknya meminta maaf kemudian berkata : "sebenarnya aku tidak membeli roti itu dan aku tidak suka kepadanya, ia dihantar oleh kawan."
ayahnya berkata, "sekiranya engkau orang yang warak nescaya kawanmu itu tidak berani memberikan roti itu kepadamu."
begitulah diceritakan oleh para mutawarri'in ( org2 yg warak ). kerana itulah nama mereka terus dikenang hingga hari kiamat disebabkan ALLAH swt menunjuki mereka hingga mempunyai ilmu yang luas dan dalam.
3. memelihara diri daripada mengumpat atau duduk bersama orang yang banyak cakap kerana sesungguhnya orang yang banyak cakap akan mencuri umurmu dan menyiakan waktumu.
4. menjauhkan diri daripada orang yang hendak berbuat kerosakan, maksiat, membuang - buang waktu.
5. berjiranlah dengan orang baik - baik.
6. duduk menghadap kiblat, mengamalkan sunnah nabi saw dan mencari peluang untuk didoakan oleh orang - orang yang baik, menghindari sejauh mungkin daripada didoakan oleh orang yang teraniaya.
rujukan : adab - adab menuntut ilmu ( ta'alimul muta'alim tariq al - ta'allum )
syeikh Burhanudin Al - Jarnuzi
0 comments:
Post a Comment