Friday, September 26, 2008

dua lelaki


Dua orang lelaki pergi merantau untuk menuntut ilmu. ketika berangkat, kedua – duanya dianggap setaraf pencapaiannya dalam bidang keilmuan. setelah berlalu beberapa tahun, kedua – dua sahabat itu pun pulang ke kampung mereka. seorang di antara kedua - dua pemuda ini sudah pun berjaya memiliki ilmu yang luas serta mendalam, manakala yang seorang lagi tidak demikian.

melihat perbezaan itu, mereka mengundang sejumlah ahli fikah yang ada di kampung itu untuk menyelidiki faktor - faktor yang menyebabkan berlaku seperti itu. Maka mulailah ulama' fikah tersebut bertanya tentang keadaan mereka, cara mereka mengulangkaji serta cara duduk mereka ketika belajar, sama ketika berhadapan dengan guru atau ketika bersendirian di rumah.

maka pemuda yang berjaya tadi memberitahu bahawa dia sentiasa menghadap kiblat dan mesir ketika ia mengulangkaji apa yang sudah dipelajarinya. sedangkan kiblat dan mesir merupakan tempat yang mulia dalam islam. malah mesir masih merupakan khazanah ilmu yang paling terkenal hingga ke hari ini. sedang pemuda yang seorang lagi yang tidak berjaya dalam menuntut ilmu itu sentiasa membelakangkan kiblat dan wajahnya menghadap ke arah lain, bukan ke arah mesir.

akhirnya, para ulama' fikah tadi sepakat mengatakan bahawa pemuda yang berjaya itu adalah kerana berkata sentiasa menghadap kiblat, kerana ia adalah duduk yang disunnahkan kecuali disebabkan hal darurat ( terpaksa ). juga kerana berkata doa kaum muslimin, sedangkan mesir adalah tempat orang - orang yang 'abid ( rajin beribadat ) dan ahlul khoir. maka sudah tentulah orang - orang 'abid turut mendoakannya pada waktu malam.

p/s : diharap penuntut ilmu tidak memandang ringan tentang adab - adab dan yang sunat - sunat, kerana orang yang memandang ringan akan adab sopan santun dan tatatertib akan terhalang daripada mengamalkan yang sunat. sementara orang yang memandang ringan hal - hal yang sunat akan sukar mengerjakan perkara yang fardhu. akhirnya orang yang memandang ringan perkara yang fardhu akan rugi di akhirat.


0 comments: