Saturday, September 27, 2008

diari kesuma 4

Assalamu'alaikum wbt.. siang 27 ramadhan mulai menjengah ketika ini.. suatu subuh yang redup seperti yang selalu hamba perhatikan selama 10 malam terakhir ramadhan ini. tapi entah mengapa pagi ini terasa hati kesuma ceria memandang matahari dan pepohonan rendang yang ada di persekitaran kolej. subhanallah.. alhamdulillah.. wa la ilaha illallah, allahu akhbar.. ada beberapa kisah yang suka hamba kongsikan YA ALLAH bersama pembaca blog nur kesuma selama beberapa hari pencarian lailatulqadar ini. ringkas saja ceritanya tapi menarik bagi hamba. moga ALLAH memberikan hidayah dalam setiap ilmu yang kita pelajari bersama.


kisah asrar 1


akak : alangkah indahnya kan ma..jika akak dapat menjadi wanita yang paling lembut akhlaknya, paling sopan tindakannya, paling cantik orangnya... maksud akak menjadi hamba ALLAH, muslimah yang indah akhlaknya lagi menjadi pencinta dan dicintai ALLAH.. da hampir akhir ramadhan ni, bila akak cuba muhasabah diri ternyata seperti tidak berubah lagi akhlak akak ni.. akak menyimpan azam sebenarnya nak mengubah akhlak ni menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.. adakah akak tidak berjaya memanfaatkan ramadhan kali ini dengan sepenuhnya..? apa pendapat ma?


adik : akak ni... entahlah akak.. tahu tak, sebenarnya akak dah mencapainya. YAKNI DALAM CERITA AKAK SENDIRI, YAKNI DALAM KISAH HIDUP AKAK SENDIRI..

akak : apa maksud ma? akak kurang faham..

adik : sukarnya kita menjadi manusia yang sempurna serba - serbi..tentu saja akak maklum kan akan hal ni.. tapi, anggaplah akak memiliki akhlak seperti yang akak idam - idamkan itu dalam kisah hidup akak sendiri, agar akak berasa lebih bahagia terimalah hakikat bahawa akhlak akak dah baik tapi itu hanya dalam dimensi hidup akak sendiri tapi jangan gabungkan insan lain dalam cerita hidup akak kerana selamanya akak tak kan mendapat gelaran yang akak idam - idamkan. sentiasa ada insan lain yang jauh lebih baik dari diri kita meskipun kita merasa dah menjadi yang terbaik dalam hal tertentu.. wallahu'alam.


kisah asrar 2


bibir : semalam lailatulqadar..


hati : tiap - tiap malam adalah lailatulqadar di bulan ramadhan..

bibir : tak. salah tu..


hati : wallahu'alam..

bibir : mesti tak baca lebih hadith dan sirah ni.,


hati : bukan hati tiada membaca hadith berkenaan malam qadar tetapi bagi hati punyai pendefinisian sendiri juga., beribadah dalam bulan ramadhan yang pentingnya ikhlas.. siapa lah yang tidak ingin menemui malam qadar, tetapi andai sekadar menemui belum memuaskan hati lagi... hati nak menikmati lailatulqadar bukan hanya menemuinya..


hati : tiap - tiap malam ramadhan bila hati ikhlas kepada ALLAH boleh saja dengan kehendakNYA menjadi lailatulqadar istimewa khusus untuk hati dari ALLAH.. wallahu'alam. ALLAH berkuasa berbuat apa sahaja mengikut keinginanNYA.

bibir : o.. o.. o.. jadi hati..biar ikhlas mencari dan menikmati lailatulqadar..





bersambung...



Friday, September 26, 2008

dua lelaki


Dua orang lelaki pergi merantau untuk menuntut ilmu. ketika berangkat, kedua – duanya dianggap setaraf pencapaiannya dalam bidang keilmuan. setelah berlalu beberapa tahun, kedua – dua sahabat itu pun pulang ke kampung mereka. seorang di antara kedua - dua pemuda ini sudah pun berjaya memiliki ilmu yang luas serta mendalam, manakala yang seorang lagi tidak demikian.

melihat perbezaan itu, mereka mengundang sejumlah ahli fikah yang ada di kampung itu untuk menyelidiki faktor - faktor yang menyebabkan berlaku seperti itu. Maka mulailah ulama' fikah tersebut bertanya tentang keadaan mereka, cara mereka mengulangkaji serta cara duduk mereka ketika belajar, sama ketika berhadapan dengan guru atau ketika bersendirian di rumah.

maka pemuda yang berjaya tadi memberitahu bahawa dia sentiasa menghadap kiblat dan mesir ketika ia mengulangkaji apa yang sudah dipelajarinya. sedangkan kiblat dan mesir merupakan tempat yang mulia dalam islam. malah mesir masih merupakan khazanah ilmu yang paling terkenal hingga ke hari ini. sedang pemuda yang seorang lagi yang tidak berjaya dalam menuntut ilmu itu sentiasa membelakangkan kiblat dan wajahnya menghadap ke arah lain, bukan ke arah mesir.

akhirnya, para ulama' fikah tadi sepakat mengatakan bahawa pemuda yang berjaya itu adalah kerana berkata sentiasa menghadap kiblat, kerana ia adalah duduk yang disunnahkan kecuali disebabkan hal darurat ( terpaksa ). juga kerana berkata doa kaum muslimin, sedangkan mesir adalah tempat orang - orang yang 'abid ( rajin beribadat ) dan ahlul khoir. maka sudah tentulah orang - orang 'abid turut mendoakannya pada waktu malam.

p/s : diharap penuntut ilmu tidak memandang ringan tentang adab - adab dan yang sunat - sunat, kerana orang yang memandang ringan akan adab sopan santun dan tatatertib akan terhalang daripada mengamalkan yang sunat. sementara orang yang memandang ringan hal - hal yang sunat akan sukar mengerjakan perkara yang fardhu. akhirnya orang yang memandang ringan perkara yang fardhu akan rugi di akhirat.


Thursday, September 25, 2008


assalamu'alaikum wbt...


ya ALLAH,..ramadhan semakin hampir pada penghujungnya. Semoga ENGKAU sudi memilih kami antara hambaMU yang berpeluang menikmati lailatulqadar MU.


pada malam jumaat yang indah ini, suka sekali hambaMU berkongsi tentang sifat warak ketika menuntut ilmu. kebanyakan muda - mudi islam zaman kini semakin melupakan keperluan sifat ini menyebabkan kurang keberkatan dalam menuntut ilmu.


ada hadith yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w yang menguatkan hakikat tentang perlunya sifat warak ketika menuntut ilmu yakni bermaksud :


"Sesiapa yang tidak bersifat warak semasa belajar akan diuji oleh ALLAH Ta'ala dengan salah satu tiga perkara : ada kalanya ia dimatikan ketika mudanya, dijatuhkan ke dalam rustak dan dicuba dengan berkhidmat kepada raja".


penuntut ilmu yang bersifat warak maka ilmunya akan lebih bermanfaat, lebih mudah baginya mengikuti pembelajaran dan lebih banyak faedah yang diperolehinya.


sebahagian daripada tanda - tanda warak yang sempurna itu ialah :


1. menghindari makan hingga kekenyangan, terlalu banyak tidur serta banyak bercakap tentang hal - hal yang tidak mendatangkan faedah.


2. memelihara diri daripada memakan makanan yang dibeli di pasar kerana makanan pasar lebih dekat kepada kecelakaan dan khianat serta menjauhkan hati daripada mengingat ALLAH, juga lebih hampir kepada sifat lalai.


makanan yang dibeli dari pasar kurang berkat kerana ia sudah dilihat oleh fakir miskin sedang mereka tidak mampu membelinya. Kerana itu, secara tidak langsung mereka merasa disakiti. maka sebab itulah, hilang keberkatan makanan itu.


Syeikh Al - Imam Al - Jalil Muhammad bin Al - Fadal r.a. tidak memakan makanan yang diperolehi dari pasar ketika beliau menuntut ilmu. adapun ayahnya tinggal di rustak, maka menyediakan makanan untuknya dan masuk ke dalam tempat itu pada hari juma'at, ayahnya melihat roti yang dibeli di pasar ada dalam rumah itu, ia tidak bercakap dengan anaknya kerana marah, lalu anaknya meminta maaf kemudian berkata : "sebenarnya aku tidak membeli roti itu dan aku tidak suka kepadanya, ia dihantar oleh kawan."

ayahnya berkata, "sekiranya engkau orang yang warak nescaya kawanmu itu tidak berani memberikan roti itu kepadamu."


begitulah diceritakan oleh para mutawarri'in ( org2 yg warak ). kerana itulah nama mereka terus dikenang hingga hari kiamat disebabkan ALLAH swt menunjuki mereka hingga mempunyai ilmu yang luas dan dalam.


3. memelihara diri daripada mengumpat atau duduk bersama orang yang banyak cakap kerana sesungguhnya orang yang banyak cakap akan mencuri umurmu dan menyiakan waktumu.


4. menjauhkan diri daripada orang yang hendak berbuat kerosakan, maksiat, membuang - buang waktu.


5. berjiranlah dengan orang baik - baik.


6. duduk menghadap kiblat, mengamalkan sunnah nabi saw dan mencari peluang untuk didoakan oleh orang - orang yang baik, menghindari sejauh mungkin daripada didoakan oleh orang yang teraniaya.


rujukan : adab - adab menuntut ilmu ( ta'alimul muta'alim tariq al - ta'allum )
syeikh Burhanudin Al - Jarnuzi

Wednesday, September 24, 2008

JADILAH SEPERTI RAMA – RAMA..
RINGAN PERAWAKAN..
INDAH DIPANDANG..
SEDIKIT BERGANTUNG PADA YANG LAIN..
TERBANG DARI SATU BUNGA KE BUNGA YANG LAIN,
DARI SATU TANGKAI KE TANGKAI YANG LAIN
DAN DARI SATU TAMAN KE TAMAN YANG LAIN.
PENDEK KATA,
HIDUPNYA SENTIASA BERPUSING DARI YANG BAIK KEPADA YANG BAIK.
JADILAH SEPERTI LEBAH..
SENTIASA MEMAKAN SESUATU YANG BAIK
DAN MENGELUARKAN YANG BAIK PULA..
JIKA IA JATUH DI ATAS TANGKAI, TIDAK MEMECAHKANNYA ;
MENYENTUH NEKTAR TETAPI TIDAK MELUKAINYA ;
MENGELUARKAN MADU DAN TIDAK MENYEGAT ;
TERBANG DENGAN RASA CINTA DAN HINGGAP DENGAN TALI KASIH.
IA MEMPUNYAI DENGUNGAN SUKACITA DAN BISIKAN KERELAAN,
SEAKAN – AKAN IA UTUSAN
KERAJAAN LANGIT ATAU DUTA DARI ALAM YANG KEKAL DATANG BERKUNJUNG.

Rujukan : motivasi menjadi wanita paling bahagia – Dr. ‘Aidh Abdullah Al – Qarni

Monday, September 22, 2008

tentang si&ta



CUBA LIHAT LANGIT…
BUMI KATA LANGIT ITU SAH BERWARNA BIRU…

CUBA LIHAT BUMI...
LANGIT KATA BUMI ITU SAH BERWARNA HIJAU...

LALU KITA MENGGAPAI LANGIT
TERNYATA BUKAN CUMA BIRU
LANGIT SAH BERMAIN WARNA

LALU KITA MENJELAJAH BUMI
TERNYATA BUKAN CUMA HIJAU
BUMI SAH BERMAIN WARNA

SEMUANYA SEDANG BERMAIN…
SI & TA JUA BERMAIN DI TAMAN JIWA
WARNA SI & TA BISA MENIPU
CORAK SI & TA BISA MEMPESONA

BENAR KATA SI KECIL
USAH BERMAIN SI & TA DENGAN MANIS BICARA CUMA

BENAR KATA SI BUTA
USAH MELIHAT SI & TA DENGAN MATA KASAR CUMA

BENAR KATA SI BISU
UNGKAPAN SI & TA SEBENAR ITU PAYAH.

TENTANG SI & TA INI…
JADILAH SI KECIL YANG MATANG BICARANYA
JADILAH SI BUTA YANG CELIK MATA HATINYA
JADILAH SI BISU YANG BERSUARA TUBUHNYA

NUKILAN : KESUMA

diri ku

Setiap kali diri berbuat salah
Mengapa hati menuding jari kepada dunia ?
Dunia melalaikan…menyedihkan…
Dunia begitu…
Dunia begini…

Setiap kali diri terasa jauh dari DIA
Mengapa hati menuding jari kepada saudara kita ?
Saudara kita menyakitkan…merunsingkan…
Saudara kita begitu…
Saudara kita begini…

Terus diri memandang cermin
Kelihatan mata seperti kolam air
Sarat dengan cerita

Sampai bila…?
sapulah air mataku
sambutlah tanganku
Sebelum mata terpejam dan tidak mampu menoleh lagi…

nukilan : kesuma


Sunday, September 21, 2008

usrah test

You're Hot!
announcement : test after 3 weeks holiday 4 'adik usrah'just remember the main point ok..

hadis 40-imam nawawi

Hadis empat puluh adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in. Terdapat sebanyak empat puluh dua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam. Pentingnya karya Imam Nawawi ini sehingga Ibnu Hajar mengarang sebuah kitab bernama Fathul Mubin Li-Syarhil Arba'in yang mengupas dan membincangkan hadis-hadis himpunan Imam Nawawi.


Hadis Pertama
" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata : Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana. Sipemuda : Benar katamu. ( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu !
Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ? Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau. Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?. Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya. Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ? Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi. ( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) : Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ? Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui. Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.

Hadis Ketiga
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Hadis Keempat
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yany demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya seseorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya seseorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Hadis Kelima
" Daripada Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.a. katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama yang bukan darinya adalah tertolak ', ~ diriwayatkan dari Al-Bukhari dan Muslim. Dan pada riwayat yang lain oleh Imam Muslim : " Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak dari perintah kami, maka ia adalah tertolak. "


Hadis Keenam
"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '

Hadis Ketujuh
Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda : ' Agama itu adalah nasihat. ' Kami sekalian bertanya : ' Untuk siapa ? ' Maka jawab Rasulullah SAW : ' Bagi Allah, kitabNya, RasulNya dan bagi penganjur-penganjur kaum Muslimin dan orang awamnya. '

Hadis Kelapan
Dari Ibn Umar r.a, bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda : ' Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengaku tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan sembahyang, memberi zakat, maka jika mereka melakukan semua itu akan terselamatlah darah dan harta benda mereka dariku, kecuali yang mana ada hak Islam padanya dan perkiraan mereka terserahlah kepada Allah Ta'ala. '

Hadis Kesembilan
Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a : " Bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamu disebabkan terlalu banyak bertanya serta pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka.

Hadis Kesepuluh

Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin ( para Rasul ). Allah berfirman : ' Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang soleh. ' Dan Allah berfirman lagi : ' Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu. ' Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya dia ( doanya ) untuk dikabulkan. '


assalamu'alaikum wbt.

YA ALLAH,.terima kasih kerana masih mengurniakan nikmat pancaindera yang sempurna untuk hambaMU. dengan anggota yang sempurna ini, hambaMU manfaatkan untuk membaca lalu berkongsi dengan para pengunjung blog ini akan ilmuMU yang sangat luas.

mengenang akan adik - adik di kampung, adik - adik usrah, atau pun sahabat - sahabiah yang mencari kaedah membaca berkesan, mendesak jiwa ini untuk membaca dan mencari buku yang berkaitan dengannya. kepada mereka yang mudah mendapatkan bahan bacaan tidak menjadi masalah, apatah lagi kepada mereka yang mempunyai wang yang lebih.

kepada adik - adik hambaMU..kepada semua yang suka membaca, di sini dikongsikan sedikit
panduan ringkas tentang teknik membaca yang berkesan. antaranya ialah :

1. sediakan semua peralatan yang akan digunakan untuk aktiviti membaca. di antaranya kertas kosong, pen, pensil, pemadam, pembaris dan sebagainya.

2. sediakan dengan secukupnya bahan yang akan dibaca seperti buku, majalah, nota kelas dan sebagainya.

3. pilih tempat yang sesuai untuk melakukan proses membaca. tempat itu hendaklah kurang gangguan dan kebisingan, tidak terlalu panas dan selesa untuk belajar.

4. untuk melancarkan proses belajar, anda perlu menetapkan tajuk tertentu yang hendak dibaca.

5. tetapkan jumlah muka surat dan jangkamasa diperlukan untuk menyelesaikan aktiviti membaca bahan itu.

6. duduklah dengan cara yang betul. anda boleh memberi tumpuan yang baik dan dapat membaca dengan lebih lama dan berkesan. anda digalakkan duduk di atas kerusi yang berkeadaan tegak dan lurus.

7. tumpukan perhatian dan fikiran anda terhadap bahan yang akan dibaca. mula dengan doa, supaya fikiran anda tenang dan mudah memahami apa yang akan dibaca.

8. gunakan pensil atau jari anda sebagai penunjuk ketika anda membaca. dengan menggunakan penunjuk akan dapat mengawal pergerakan mata dan kadar kelajuan membaca. penunjuk juga boleh menolong menumpukan perhatian kepada bahan yang sedang dibaca dan meningkatkan kadar kelajuan membaca. justeru itu, anda dapat meningkatkan kefahaman semasa membaca.

9. semasa membaca, anda perlu memberi perhatian yang khusus terhadap jadual, rajah dan data - data kerana bahan - bahan ini sangat penting dalam meningkatkan kefahaman anda.

10. semasa membaca, jangan lupa membuat catatan - catatan yang penting.






beberapa teknik atau kaedah membaca telah diperkenalkan oleh beberapa orang pakar, antara dua teknik tesebut adalah :

i. KAEDAH MEMBACA BS3
-melibatkan 4 peringkat
a. browsing
tinjauan awal untuk membolehkan pembaca menilai kesesuaian sebuah buku secara sepintas lalu. cara ini digunakan untuk memilih sebuah buku dari perpustakaan dan tidak memerlukan pembacaan keseluruhan buku.

b. scanning
digunakan untuk mendapatkan idea - idea dan isu - isu utama dengan cepat. tumpuan diberi kepada bahagian yang menjadi kunci kepada pemahaman seperti perkataan penting, isi penting, fakta penting.

c. speed reading
membaca secara cepat. tujuannya adalah untuk mendapat sesuatu gambaran keseluruhan.

d. study reading
perlu membaca dengan berhati - hati untuk memahami butir - butir atau penerangan yang kompleks.

selepas memahami, pelajar cemerlang akan meringkaskan artikel kepada perkataan utama dalam bentuk nota, juga akan menjawab soalan pada hujung setiap topik untuk memperkukuhkan ingatan dan pemahaman.


ii. KAEDAH MEMBACA SQ3R
a. survey - menyelidik dahulu
b. question - bertanya
c. read - membaca
d. recitation - cuba terangkan dengan perkataan sendiri
e. review - ulangkaji

rujukan : menuju kecemerlangan belajar - sabri ahmad

Saturday, September 20, 2008

bicara-hamba


IA SEPERTI TITISAN AIR..
PERLAHAN MEMECAH BATU..
TAPI..ITULAH LAGU KEHIDUPAN
IA SEPERTI KIBASAN SAYAP..
PANTAS MENGGEGAR JIWA..
TAPI..ITULAH IRAMA DUNIA
IA ITULAH BICARA KITA…
KERNA YANG SEBENAR CINTA ITU PAYAH
KERNA YANG SEBENAR CERITA ITU PAYAH
BICARA – BICARA..
SEPERTI TERUSAN NIL
BICARA – BICARA..
SEPERTI LAUT MERAH

MENYEGARKAN WAJAH – WAJAH YANG LAYU
MENUSUK JIWA – JIWA YANG SEPI



nukilan : kesuma

IBU-dari mataku


Wajah ibuku..
Nampak tua dari mataku
Tangan ibuku..
Nampak kasar dari mataku
Wajah ibunya..
Nampak muda dari mataku
Tangan ibunya..
Nampak lembut dari mataku
Wajah dan tangan ibuku..Berbeda dari ibunya..
Kasihan ibu..
Tegar merahsiakan kasihnya..
Andai bisa diungkapkan maksud ibu..
Air mata pun bukan lawannya..
Ku kasih pada ibu..
Wajahnya nampak tua..
Kerana kasihnya padaku..
Kerana cintanya padaNYA..
nukilan : kesuma


run-LARI


BERLARI LAH KE GUNUNG...
MOGA PERASAAN ITU TERTINGGAL DI SEPANJANG CERUN YANG ADA...

BERLARI LAH KE GURUN…
MOGA UJIAN ITU KAN TERSERAP DEK PANAS TERIK YANG ADA…

KE MANA LAGI PERLU KAU LARI..
BUKANKAH UJIAN DAN DUNIA ITU KAWAN..?

KE MANA LAGI PERLU KAU LARI
MASA SENDIRI TAK MAMPU HENTIKAN LANGKAHMU..

DUNIA DAN UJIANNYA SELALU MEMBURUMU..
DAN LARIANMU TAKKAN TEMUI PENAMAT
HINGGA ENGKAU BERANI BERHENTI
DAN MENGATAKAN APA ?? PADA KEDUANYA.


nukilan : kesuma


when i was young and free and my imagination had no limits, i dreamed of changing the world.

as i grew older and wiser, i discovered the world would not change, so i shortened my sights somewhat and decided to change only my country.

but it too, seemed immovable.

as i grew into my twilight years, in one last desperate attempt, i settled for changing only my family, those closest to me ; but alas, they would have none of it.

and now as i lie on my death bed, i suddenly realized:

if only i had changed myself first, then by example i would have changed my family.

From their inspiration and encouragement, i would then have been able to better my country and, who knows, i may have even changed the world.


from : menuju kecemerlangan belajar, sabri ahmad.

diari kesuma 3



Assalamu'alaikum wbt dan salam perpaduan...
diucapkan kepada pengunjung dan pembaca blog ini.

Semalam terasa berbeza.. kerana hambaMU menerima hadiah dari seorang sahabat, namanya mazlina.

Sungguh unik dan menarik..botol berisi kertas,
rupanya sebuah puisi khas untuk diri ini tertulis rapi dalam kertas itu.

YA ALLAH, selama ini..hambaMU sering mengingatkan diri bahawa tiada sahabat sejati melainkan amalan soleh yang hambaMU lakukan. Memang benar.

tetapi, tak dapat dinafikan hambaMU sering juga berdoa dipertemukan dengan seorang atau lebih dari itu..sahabat yang pada dirinya ada hak hambaMU..dan pada diri hambaMU ada haknya.. bila paha kanan hambaMU terasa sakit, paha kirinya terasa dan begitu juga sebaliknya.

kebetulan hambaMU menyukai puisi dan sastera ini, tentu eina telah bersusah payah menyiapkan puisi ini istimewa untuk hambaMU. YA ALLAH, moga - moga ENGKAU sudi membalas kebaikan eina sekeluarga.

pelbagai ujian yang kami tempuhi bersama, pernah berlaku salah faham..pertengkaran kecil..mungkin sakit hati pun ada..biasa lah lumrah persahabatan.

menyedari hakikat perjuangan dan ukhuwwah yang penuh cabaran, ujian - ujian yang datang ditempuhi dengan akhlak islamiyyah. Ternyata, hingga kini setelah 3 tahun bersama..eina tetap berada dalam barisan sahabat yang hambaMU idam - idamkan.

YA ALLAH, betapa ENGKAU sangat menyayangi hambaMU ini,.

kasih sayang dan cintaMU terlalu dalam sehingga ENGKAU melemparkan perasaan kasih itu kepada hambaMU yang lain untuk sama menyayangi diri ini. HambaMU tak mampu membalas cintaMU yang dalam itu. Apapun, hambaMU masih berusaha menjadi insan yang ikhlas mencintaiMU dan menagih dariMU agar diberi kekuatan iman menghadapi dunia dan isinya.

Buat pembaca sekalian, di sini saya sertakan puisi nukilan eina.
Assalamu'alaikum...


buat teman yang ku sayangi...
terima kasih atas persahabatan ini...
tidak tergambar gembiranya hati...
syukur pada ILLAHI atas pertemuan ini.

ku ingin menjadi sahabat buatmu...
ku ingin disayangi olehmu...
ku ingin dimanja olehmu...
ku ingin sentiasa di sisimu.

ku pohon keampunan andai kelemahan diri menjadi benteng persahabatan kita...
semoga segala prasangka dijauhkan dari kita...
kerana ku amat menyayangi mu sahabatku.

tegurlah diri ini andai kau lihat aku kelalaian...
bantulah diri ini andai ku hampir rebah...
kerana ku tak mampu berdiri tanpa sahabat - sahabat di sisi.

jadilah temanku hingga ke akhir hayat, sahabatku..kesuma.


nukilan: sahabat eina


Thursday, September 18, 2008

diari kesuma 2

Detik waktu terus berjalan.. Berhias gelap dan terang..
Suka dan duka.. Tangis dan tawa..
Tergores bagai lukisan..

Seribu mimpi berjuta sepi..
Hadir bagai teman sejati..
Di antara lelahnya jiwa..

Dalam resah dan air mata..
Ku persembahkan kepadaMU..
Yang terindah dalam hidupku..

Meski ku rapuh dalam langkah..
Kadang tak setia kepadaMU..
Namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMU..

Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMU..
Dalam dada..ku harap hanya DIRIMU yang bertahta.


OPICK

Assalamu'alaikum wbt...diucapkan kepada individu muslim yang setia mengunjungi blog ini.



Ke hadapan ALLAH SWT yang dipuja - puji siang dan malam hari. Malam ke 18 ramadhan akhirnya tiba jua. Petang tadi, hambaMU berasa agak sedih,. terfikir bagaimana pandanganMU tentang diri ini. Menyedari diri yang penuh dosa, cacat dan cela...

Bila mendengar lagu ini yang dikirimkan oleh seorang teman baik, semakin terasa sayu di hati. Tentu payah bagi hambaMU untuk menandingi Asiyah, isteri Firaun yang beriman.. sukar mencontohi Rabiatul Adawiyah, sufi wanita yang ikhlas mencintaiMU.. apatah lagi sebaris dengan isteri Rasulullah S.A.W.

SAtu demi satu air mata menitis sambil memikirkan nasib diri di padang Mahsyar nanti. Betapa malunya hambaMU apabila bertemu denganMU dalam keadaan yang kurang baik. Sedangkan semasa hidup di dunia bibir ini begitu manis menuturkan kalimat cinta untukMU,..tapi rupa - rupanya kata - kata tidak dapat dibuktikan dengan amalan. YA ALLAH,. jauhkanlah diri ini dan para umat islam daripada menjadi golongan munafik.

Kepada sahabat - sahabiah sekalian, dunia akhir zaman ini memerlukan insan - insan yang kukuh imannya. Sepatutnya lebih teguh..dan sangat kuat. Tetapi... Dunia akhir zaman,..sangat dahsyat.

YA ALLAH, jika kami selalu lupa padaMU, tolong ampunkan kami. Peliharalah kami dari kemaksiatan yang menjauhkan diri ini daripadaMU, YA ALLAH..hambaMU berdoa semoga ENGKAU menamatkan kehidupan kami di dunia ini dalam keadaan baik.

Wahai muslimin dan muslimat sekalian, mari lah kita saling ingat - mengingati akan ALLAH..segala - gala tentang ALLAH, mari kita ingat DIA, semoga dengan ingatan ini,..ALLAH SUDI MENYEMAI cintaNYA dalam hati kita. Bila kah lagi masa untuk kita bertaubat?. Yakinkah kita akan beroleh umur yang panjang?,, Tahukah kita timbangan amal yang telah kita perbuat, cukup banyakkah sudah?..atau kita telah tertipu dengan muslihat musuh kita, nafsu dan syaitan.

Dunia hampir kiamat, sebelum terlambat, mari kita bangkit membela islam wahai generasi syahadatain.













Tuesday, September 16, 2008

diari kesuma 1


ASSALAMU'ALAIKUM WBT...
Ke hadapan TUHAN YANG MAHA ESA, segala puja - puji hanya layak bagiMU. ENGKAU yang memiliki keluasan ilmu yang maha hebat.
Untuk pengetahuan para pengunjung, saya menghasilkan blog ini dengan harapan semoga ia menjadi suatu medan perkongsian ilmu yang baik. Apa jua bentuk ilmu yang memberi manfaat untuk kehidupan dunia akhirat sangat dialu - alukan untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Saya suka menulis blog yang lebih berkonsepkan diari kepada ALLAH SWT, sesuai dengan hobi di masa lapang yakni menulis surat peribadi ( DIARI ) kepadaNYA.
Bukan kerana tiada sahabat yang boleh dijadikan teman berkongsi rasa tetapi bagi saya,
ALLAH adalah teman yang mencukupkan segala - galanya.
Semoga ALLAH meredhai amalan ini
INILAH SATU LAGI KEMAJUAN DALAM HIDUP HAMBAMU INI YA ALLAH.
ILAL LIQO'