Wednesday, December 31, 2008




Menarik sekali gaya pensyarah saya mengajar subjek toksikologi hari ini. Semasa beliau memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang toksikologi, menurut beliau, ada juga kenalan yang mempersoalkan keputusan tersebut.

Kata mereka,..

Penting sangat kah toksikologi ?
Pilihlah bidang IT ( Information Technology ) ke…BT ( biotechnology ) ke… dua bidang ni mempunyai masa depan yang cerah serta berupaya untuk bertahan hingga abad seterusnya.

Ternyata pilihan beliau sesuai dengan kepentingan masyarakat sepanjang masa terutamanya apabila menyentuh soal keselamatan kehidupan. Pada era globalisasi kini, individu yang pakar dalam bidang toksikologi mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran kerjaya.

Itu sedikit iklan, boleh juga dikatakan sebagai promosi bidang toksikologi…hehe.

Entri kali ini sebenarnya ingin mengupas sedikit tentang isi kuliah beliau yang membuatkan kuasa fokus fikiran saya bertambah - tambah malahan kening saya juga turut berkerut semasa mendengar penjelasan beliau mengenai persoalan yang telah saya ketengahkan sebagai tajuk ‘post’.

Benarkah semua bahan adalah racun ?

Menurut Paracelsus yang dikenali sebagai bapa toksikologi,

All substances are poisons. There is none that is not a poison. The right dose differentiates a poison and a remedy.

Air BUKAN racun tetapi jika seseorang meminum air sebanyak isi kapal selam, sudah tentu BOLEH memberi kesan toksik pada badan atau kematian.

Ubat panadol dan pelbagai jenis ubat lagi juga BUKAN racun tetapi jika seseorang mengambil ubat dalam dos yang berlebihan, ia BOLEH bertindak sebagai racun.

Nasi, minyak,…asap kereta..semuanya RACUN TETAPI DOS YANG BETUL mampu membezakan sesuatu bahan itu adalah racun atau penawar !


Jadi, suka sekali saya mengaitkan hal ini dengan penagih dadah, penghisap rokok, dan yang sewaktu dengannya. Jika kita perhatikan, golongan ini begitu mudah merosakkan badan mereka sendiri. DADAH, ROKOK dan bahan – bahan lain yang diambil dalam dos berlebihan atau dalam tempoh masa yang lama boleh merosakkan organ dalaman serta menganggu fisiologi tubuh.


~ Memetik kata – kata daripada pensyarah saya ~

‘Body loves you ! more than your boy@girlfriends love you !’
Mungkin kata – kata ini mampu mengingatkan kita.


Benar, jasad yang kita ada ini sangat menyayangi diri kita sehinggakan bila kita melakukan sesuatu yang tidak baik kepada diri, jasad akan memberitahu kita melalui kesan – kesan seperti alergi pada badan, batuk lah, muntah lah dan sebagainya.

Sungguh rugi jika kita tidak menjaga kesihatan dan memelihara keselamatan tubuh yang amat menyayangi diri kita ini.
Bersyukurlah atas segala nikmat kurniaan Allah,
nikmat kesempurnaan tubuh yang sihat jangan disia – siakan.

: khazinatul asrar : Menyedarkan Dunia, Memajukan Tamadun : Hak cipta terpelihara :

0 comments: