adakah diantara kalian yang telah mengenal dirinya ?.. berkongsilah dengan aku..beritahu aku rahsianya agar aku dapat kenal diri lalu kenal Allah lalu aku boleh bertemu Allah dalam redhaNYA.
Labels: diari kesuma
Keramahan mereka membuat aku tertarik untuk mendekati ketiga – tiganya. Salah seorang daripada mereka menjadi guru bahasa india untuk aku. Selepas habis kuliah pada waktu petang, masa telah ditetapkan untuk belajar bahasa india daripadanya.
Bersama mereka bertiga juga, aku mengasah lidah aku untuk bertutur dan belajar bahasa inggeris dengan lebih baik. Bukannya tidak ada kawan – kawan melayu untuk diajak berbual dalam bahasa inggeris tetapi aku suka bercerita dengan mereka sambil mengetahui kebudayaan serta adat resam mereka.
Setakat ini, kami selalu tolong – menolong dalam pembelajaran. Budaya ‘sendiri – sendiri’ bukan budaya pembelajaran kami.
Semasa berada di bumi Sabah, aku tidak ada kawan yang berbangsa india. Di sekelilingku, kebanyakannya adalah orang yang berbangsa cina. Mungkin dulu, aku kurang kemahiran sosial maka kawan – kawan ku cuma di kalangan sebangsa saja. Apabila meningkat dewasa, aku semakin faham akan kepentingan memiliki ramai kenalan serta kawan.
Memang rasa percaya tidak boleh diberikan 100% tetapi inilah bentuk pelajaran yang perlu kita alami sepanjang hidup di dunia ini. Terpulang lah pada anda. Ada kalanya dikhianati kawan, ada juga yang dimanjakan oleh kawan dan pelbagai ragam lagi dalam persahabatan.
Yang menariknya tentang guru bahasa india ku ini, dia menawarkan dirinya pula untuk belajar bahasa arab daripadaku. Jujur ku katakan, aku tidak fasih berbahasa arab. Tapi tidak mengapa aku boleh ajar tulisan jawi dan sedikit lah perkataan arab. Alhamdulillah, sebelum ini aku ada membeli suatu buku kecil yakni ‘perbualan 3 bahasa-arab,inggeris,malaysia’. Buku kecil ini kujadikan rujukan.
Inilah sistem barter yang kami persetujui. Kami memang saling memanfaatkan aset yang ada pada diri kami untuk kemajuan bersama. Maksud ana, ilmu yang ada dikongsi…saling bertukar kenalan dan macam – macam lagi.
Aku sedar sebagai orang islam, bukan mudah untuk ‘selalu betul & kelihatan terbaik dalam semua hal di hadapan mad’u kita’.
Memang penting dalam dakwah, kita jangan menunjukkan kelemahan diri kita. Well, we have our own weakness. Maka bila bersama ‘my 1st three Indian friends’ ini, aku latih diri untuk merendah hati. Semoga dakwah ini berjaya.
Biar aku tidak dapat melihat hasilnya, yang lebih utama adalah……
AKU
Labels: diari kesuma
Idea entri kali ini timbul setelah saya menghadiri Kuliah agama yang sering diadakan di kampus pada waktu rehat sekitar zohor.
PEnceramah jemputan pada suatu kuliah ada menyentuh tentang
10 PERKARA YANG SIA – SIA.
Saidina Uthman bin Affan menyatakan antara 10 perkara tersebut adalah :
5. Masjid yang tidak dimakmurkan dengan solat jemaah.
6. Al – quran yang tidak dibaca.
7. Harta yang tidak diinfaqkan.
8. Kuda yang tidak ditunggangi.
9. Zuhud dihati orang yang cintakan dunia.
10. Umur yang panjang tetapi tidak digunakan untuk beribadah.
Saya tertarik untuk mengulas secara ringkas tentang perkara yang ke-4 yakni senjata yang tidak dipakai.
Mungkin ada yang berpendapat hal ini kurang relevan pada era kini. Dulu boleh lah pakai kan….sebab memang dulu peperangan kerap berlaku antara golongan kuffar dan pihak muslimin, jadi menjadi perbuatan sia - sia apabila membiarkan senjata tidak diguna semaksimumnya tetapi sekarang LAIN !
SEkarang,........... SEnjata hanya digunakan untuk pertahanan Negara masing – masing. Yang menghairankan adalah bagaimana negara golongan kuffar ini boleh bersatu menumbangkan ISlam dengan menyumbangkan sejumlah besar kelengkapan senjata canggih kepada Yahudi Laknatullah sedangkan negara muslim terus berpeluk tubuh menyelamatkan harta benda 'masing - masing' tanpa menghayati nilai empati terhadap rakyat Palestin. Sungguh sekiranya hal ini berlanjutan, ternyata masih tipis lagi rasa tanggungjawab kita terhadap Palestin dan nasib rakyatnya.
Entri ringkas ini diharap memberi manfaat kepada pembaca blog khazinatul asrar. Melaksanakan sesuatu bukan semudah kita membicarakannya.
Labels: safety n healthy
Labels: ekonomi
Saya ingin menegaskan pada ‘mereka’ bahawa KEMERDEKAAN
Jika cuma atas nama melayu, saya percaya negara kita mungkin tidak bebas pada ketika itu. Tetapi, oleh kerana mereka yang memperjuangkan kebebasan ini adalah dari kalangan yang faham islam dan hak kemanusiaan maka generasi sekarang mampu menikmati kemerdekaan.
Apabila rundingan damai diadakan antara pihak penjajah dan pemimpin negara kita sekitar tahun 1950-an, saya berpendapat bahawa rundingan itu cuma ‘topeng perdamaian’ pihak penjajah. Hakikatnya, penjajahan mereka tidak pernah berhenti. Kebebasan ‘fizikal’ yang kita nikmati kini tentu sekali tidak mampu menutupi penjajahan ‘rohani’ yang mereka lakukan. Kita dibebaskan setelah mereka menjatuhkan harga negara kita. Begitu mudah kita memaafkan mereka, tetapi tolonglah jangan pernah lupa sejarah ini.
Memang wujud golongan yang faham tentang isu ini, mungkin ada yang berasa bosan membincangkan hal yang sama. Tapi, saya tetap ingin menulis tentangnya.
Lama kelamaan, dia lupa budaya timur, dan yang paling parah apabila lupa tentang islam. Tidak berasa malu apabila dirinya beragama islam tetapi tidak tahu asas islam. Bercakap tentang islam, berbangga dengan kehebatan al-quran tetapi dirinya tidak pun mengamalkan perintah yang terkandung di dalamnya.
Menafikan kewajipan hukum hudud, menangguhkan kewajipan menutup aurat dan pelbagai lagi perbuatan sekelompok umat islam zaman ini yang menentang perintah TUHAN , seolah – olah mereka sangka TUHAN tidak tahu apa yang mereka lakukan.
Perasaan takut untuk melaksanakan hukum hudud dan kerisauan mereka tentang hukum ini boleh menimbulkan kekacauan antara kaum menimbulkan persoalan di benak fikiran saya.
Manakah yang lebih ditakuti antara ALLAH, tuhan yang maha berkuasa atau manusia hina dina yang menghalangi islam daripada bersinar di bumi ini ?
Sikap pengecut orang islam inilah yang menyebabkan penjajahan terus berleluasa.
Bagaimana pihak anti-islam boleh berpakat dan bersatu mengadakan serangan terhadap muslimin sedangkan antara kita umat islam pantang sekali bersua muka, maka tercetuslah perang mulut.
Walaupun golongan anti-islam ini muncul daripada pelbagai fahaman samada pluralisme, sekularisme dan sebagainya namun mereka boleh duduk di meja bulat, bersama - sama memikirkan cara untuk memesongkan akidah umat islam. Manakala umat islam pula terus khayal dengan hiburan yang melalaikan. Kemunculan generasi pengecut yang suka berdiam diri ini dan tidak berani menghalang musuh islam daripada terus – menerus menindas negara islam amat memilukan hati.
Telah beberapa kali rundingan damai diadakan namun sejarah mencatatkan bahawa golongan anti-islam ini tetap mungkir pada janjinya.
Walaupun Islam itu terkenal dengan kelembutan, ia tidak patut disalahertikan sepertimana diamnya Rasulullah itu ada sifatnya. Bukan diam kosong. Begitu juga dengan kelembutan Rasulullah, ada hadnya.
Dulu, umat islam adalah juara perang tetapi kini ramai yang mengangkat bendera putih walaupun belum memasuki medan peperangan.
Jangan Jadi Pengecut. Tetapi Bukan Bermakna Berani memBabi Buta.
Berani kerana Benar, Takut kerana Salah !
Labels: motivasi diri