Thursday, October 30, 2008


di perbaringan itu, air mataku mengalir deras..
berfikir dan terus merenung hakikat penciptaan diri..

siapakah yang masih tetap tinggal denganku?....

andai daku menjadi insan cacat @ sakit..berpenyakit, bagaimana lah keadaannya insan di sekelilingku..? pelbagai persoalan timbul,.

adakah mereka tetap berada disampingku?..


insan yang mengasihi daku.. ibu bapaku,
andai daku sakit, cacat...
mungkin mereka akan tetap menjaga ku kerana kasih mereka yang dalam, kerana aku anak mereka, kerana perasaan dan tanggungjawab mereka terhadapku..


insan yang mengasihi daku.. adik - beradik dan keluarga yang lain,.
mungkin mereka akan tetap menjaga ku kerana perasaan dan aku sebahagian daripada keluarga mereka juga, jika bukan mereka yang menjagaku.. siapa lagi..


insan yang mengasihi daku.. sahabat jemaah.. adakah tetap disampingku, menjaga dan tidak melupakanku..


atau tinggi sangat harapanku pada mereka semua.,? aku tidak boleh berharap pada manusia..mereka tidak sempurna, mereka juga sekadar manusia biasa, aku harus faham hakikat penciptaan diri mereka seperti diriku..


aku tertanya - tanya, siapa kah yang akan tetap tinggal denganku?,,andai daku tidak sesempurna sekarang?..

adakah lelaki yang mengasihi daku masih ingin padaku, atau dia kan pergi mencari yang lebih baik dariku.. adakah suamiku nanti kan tetap menyayangiku atau dia kan pergi membina kehidupan yang lebih mnyenangkan.


memang perit, ditinggalkan..
jadi siapa yang kekal bersamaku tika susah dan senangku?..


CUMA ALLAH yang maha penyayang..
bertambah pulakesedihanku memikirkan keberadaan ALLAH yang maha hebat sudi disampingku setiap masa, cintaNYA yang ikhlas tanpa mengharapkan balasan.


YA ALLAH, penuhilah jiwa ku dengan cintaMU, buangkan jauh anasir yang mengganggu fikiran hambaMU agar tiap masa daku hanya ingat padaMU, ya ALLAH.


selesai solat, berfikir lagi... bila masanya lagi untuk aku khusyuk dan benar - benar bertaqwa kepadaMU, YA ALLAH..

selama 21 tahun kehidupan ini.. daku berusaha mengenalimu, menagih kasihmu..
putih..hitam kehidupan silih berganti, kadangkala tewas, menang..
21 tahun berlalu,,tapi aku lihat diriku masih gagal dan lemah,


aku ..aku hambaMU..
aku sedar..aku cuma hambaMU..

TOLONG YA ALLAH..TOLONG SUCIKAN JIWAKU SEBELUM KEMBALI MENEMUI..MU.
HARAPKU..INGIN KEMBALI DALAM KEADAAN YANG BAIK..
MENCONTOHI HAMBA YANG MENYINTAI DGN IKHLAS..


telah pergi dgn bahagia nya..jiwa yang mengharap..asiyah, fatimah az-zahrah,
syeikh ahmed yassin..imam hasan al-banna,.. segolongan manusia yang ikhlas dan faham makna kehambaan kepada ALLAH.
semuanya kembali dengan jiwa yang tenang dan tawadhu'
mereka berjaya...

daku?.............................................................. mampukah seperti mereka..


deritanya hatiku, kerana ketidakpastian nasibku di akhirat,. derita yang membahagiakan.

Wednesday, October 29, 2008

mencontohi dia



Mencontohi dia..
Yang tidak menyentuh baranganku, hakku tanpa izinku walaupun telah berkali – kali ku pesan agar menganggap baranganku, hartaku seperti kepunyaannya. Pinjamlah, gunalah dengan tenang dan sebaiknya.. alahai sahabat kesayanganku. Bertuahnya daku memilikimu.


Mencontohi dia..
Yang sentiasa senyum ketika melihatku, menampakkan lagi kemanisan wajahnya yang indah. Subhanallah, betapa andai dia tahu, dialah sahabatku yang cantik sekali. Tenang dipandang mata, mungkin dia tidak meyedari..dia amat bermakna dalam hatiku.


Mencontohi dia..
Yang sentiasa bersangka baik kepada semua sahabatku yang lain termasuklah diriku. Dia sentiasa mengingatkan diriku akan ALLAH, kasih sayangaNYA kepada diriku. Kata – katanya adalah nasihat, jarang sekali aku mendengarnya mengatakan hal yang keji, tidak baik. Dia berusaha bercakap benar setiap masa, berkata – kata dengan lembutnya, alahai meruntun hati yang tandus. Bertuahnya dikau ada disisiku.


Mencontohi dia..
Dalam segenap perkara.
Dia yang kusayang. Akhlaknya yang indah, peribadinya yang menarik, dialah sahabat yang kuimpikan. Dia tidak sempurna tapi bagiku dia cukup membahagiakan. Dia seperti bidadari syurga. Daku memiliki ramai sahabat seperti bidadari syurga. Bertuahnya diriku.


NUKILAN : KESUMA

Monday, October 13, 2008

kuasa fokus


KUASA FOKUS

Antara masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan pelajar ialah kesukaran untuk fokus semasa berada di kelas mahupun dewan kuliah. Bagaimana nak fokus dengan baik dan dalam tempoh yang lama?

Teknik – teknik yang baik telah banyak dibincangkan oleh pakar motivasi dan individu yang faqih dalam bidang ini. Justeru itu, saya tidak ingin membincangkannya di sini, insya’ALLAH pada artikel seterusnya. Apa yang ingin saya tekankan pada perkongsian ilmu kali ini adalah
“ KUASA FOKUS “.


Pernah tak saudara semua cuba membakar sekeping kertas dengan menggunakan cahaya matahari yang difokuskan kepada satu titik pada kertas tersebut melalui kaca atau dalam istilah bahasa inggerisnya ‘ magnifying glass ’ ? Ya, fenomena tersebut menjelaskan lagi tentang kuasa fokus dalam artikel ini yang bukan sahaja mampu membakar tetapi turut merubah keadaan fizikal kertas tersebut.


Bayangkanlah jika kita memiliki KUASA FOKUS ?
IA MAMPU MERUBAH KEHIDUPAN YANG BIASA KEPADA LUAR BIASA !!! INSYA'ALLAH.



Apabila PERHATIAN dan USAHA diarahkan pada SATU MATLAMAT, kita boleh membayangkan betapa hebatnya hasil itu nanti. Dan juga sekiranya semua kuasa minda kita difokuskan, pasti kita akan kebal dan sukar dikalahkan.

Ramai tokoh hebat yang membicarakan tentang kuasa fokus yang mereka jana dalam diri. Mereka bukan sahaja memberikan sumbangan besar kepada masyarakat malahan mencipta sejarah tersendiri apabila dilabel sebagai manusia unik yang memahami hala tuju kehidupan, melihat dengan mata hati matlamat mereka yang satu, disulami pula dengan semangat yang berkobar – kobar semata - mata untuk memenuhi syarat mencapai gol hidup.


Nabi Muhammad s.a.w adalah tokoh agung yang memiliki kuasa fokus yang tinggi dan ada lagi kelompok manusia yang mencontohi keperibadian rasulullah s.a.w ini. Baginda mampu mengubah corak dunia dan membersihkan kejahilan yang menyeliputi kehidupan manusia. Dan tentu sekali ini semua dengan KUASA ALLAH S.W.T.

Berbalik kepada masalah fokus yang menjadi masalah penuntut ilmu sekalian, mungkin suatu peringatan yang baik bahawa antara penguat kuasa fokus ini adalah melakukan perkara yang sangat kita cintai. Pakar psikologi terkenal, Sigmund Freud ada berkongsi resipinya dalam menggapai kebahagiaan ini yakni “ WORK AND LOVE”. Perlu kita amati bahawa dalam konsentrasi juga terlibat unsur – unsur meditasi, visual, pemikiran positif, kreativiti dan banyak lagi. Kebanyakan hal dalam hidup ini memerlukan suatu bentuk konsentrasi. Fokus yang cemerlang mampu menyumbang kepada pencapaian yang hebat dan kebahagiaan, insya’ALLAH.

Walaubagaimanapun, fokus juga tidak dapat berdiri sendiri.
KESUNGGUHAN DAN KESABARAN perlu seiring dengan fokus.
Pesanan untuk tugasan @ ‘assignment’ seterusnya, bolehlah diberikan sepenuh perhatian, elakkan gangguan untuk mencapai matlamat yang diimpikan. ANDA AKAN TERKEJUT DENGAN HASIL YANG DIPEROLEHI.!!.
FOKUSKAN DIRI KITA SEMASA BELAJAR
AIM FOR THE HIGH, YET BE PREPARE FOR THE WORSE.

Friday, October 10, 2008

tekanan asrar


Terbaring dalam kegelapan, ligat sungguh fikiranku..berputar pada dimensinya….
Terdengar bisikan yang menggetarkan jiwaku, dahsyatnya bisikan – bisikan ini.

“Aku sayangkan ALLAH., “, bisiknya.
“Pembohong”, balasnya juga. “jika benar engkau jujur dalam cintamu..cuba engkau fikir, mengapa dalam solat engkau masih memikirkan insan lain? Bukannya sekejap tapi hampir selang beberapa saat dalam solat engkau lalai daripada mengingati ALLAH, seolah – olah engkau tidak faham bahawa solat adalah hak ALLAH,”.sambungnya lagi.

“Tidak..tidak……….. bukan begitu, aku benar – benar sayangkan ALLAH, Cuma aku tak mampu memberikan sepenuh perhatian ku kepada ALLAH, aku pun tak tahu bagaimana lagi harus ku menghadapi semua ini..”, rintihnya lagi.

Hampir setiap hari sebelum tidur pada waktu malam, bisikan ini sering datang bermain – main dalam fikiran, TOLONG !!! YA ALLAH, betapa sukarnya nak lelapkan mata.. aku cuma nak lelapkan mata,

Ku bangun segera..dan menulis cerita ini. Inilah bisikan hatiku hampir setiap malam, kesukaran yang ku hadapi untuk mencapai makam kekhusyukan, apakah cinta ku ini boleh menjamin ke syurga? Apakah hanya sekadar ucapan di bibir semata – mata? Cukupkah dengan amalan yang kadangkala ada unsur riak yang menyelit. Ditepis sekuat – kuatnya rasa sombong yang ada, tetapi YA ALLAH betapa sukarnya menghadapi dunia akhir zaman ini.
Apabila keluar sahaja dari rumah, hatiku bergetar. Semoga tidak memandang kemaksiatan. Semoga tidak terdengar kata – kata dusta dan fitnah. Semoga terpelihara hati yang memang masih dalam rawatannya. Tiada siapa dapat menjamin semua ini. Ayat kursi dibaca. Aku Cuma ingin keluar menuntut ilmu, keluar membeli barang keperluan, keluar menjalin silaturrahim……… aduh, jarang sekali balik ke rumah tanpa terkena tempias kemaksiatan, bermula daripada maksiat hati, mata, telinga, dan lainnya.
Wanita ditepian jalan, dibandaraya atau kampung seakan sama sahaja, Cuma dibandar terserlah kemodenannya. Aurat seperti biasa menjadi tontonan kaum lelaki. Yang memakai kopiah, serban ataupun tak semuanya terkena tempias. Bagaimana hendak mencapai makam kekhusyukan jika dunia seperti ini. Aku ingin menjaga hatiku. Aku cuma ingin menjaga hatiku. Wahai saudaraku, yang wanita dan lelaki, muslimin dan muslimat……… aku cuma ingin menjaga hati. Aku cuma ingin menjadi hamba ALLAH yang baik, sudikah kalian membantuku,? Tolong janganlah melanggar perintah ALLAH, TOLONG TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA, jika kalian tidak takut kepada ALLAH, terserah……. Tapi, tolong jangan babitkan saudaramu yang ingin mencari kebahagiaan di sisi ALLAH.

Boleh kah aku menyuarakan semua ini kepada mereka?....... aku tak berkemampuan, kerna itu, tolonglah mari kita berdakwah bersama – sama agar kita dan mereka tidak rugi di akhirat nanti. Aku cuma ingin menjaga hatiku. Aku cuma ingin khusyuk dalam solatku. Dan aku ingin mengajak kepada yang mahu untuk sama – sama dekat kepada ALLAH.
Dan esok, apakah sama seperti hari ini juga.. semoga bila ku keluar dari rumah..terlindung dari fitnah dunia. Hatiku bermonolog seperti ini pada malam jumaat. Semoga ALLAH memberi hidayah kepada kita.
YA ALLAH, semoga perkongsian ringkas ini meyedarkan hati yang leka dan diri ini yang daif.

Thursday, October 09, 2008

sifar memiliki erti yang tersendiri...
apa yang terlihat sifar memiliki isi yang sukar dimengerti...

kerna sifar tidak terlihat oleh mata
kerna sifar berdiri tanpa sesuatu

apabila kehidupan terasa kosong..
hati yang kosong sebenarnya..

apabila hati terasa kosong
cari lah erti kekosongan

kerna erti ini memisahkan dua benua...
antara SATU............... dan SIFAR......................

hargai kekosongan
ia ruang waktu untuk memperbaiki hati - hati yang terlalu sesak dengan 1,2,3.........


nukilan kesuma