Tuesday, August 25, 2009

TeLah beberapa bulan berlalu, blog ini sepi tanpa entri. ALhamdulillah, aku masih berpeluang menulis dan saling berkongsi ilmu dengan pembaca sekalian.

aku tidak mampu menulis hal - hal yang hebat seperti yang tertulis dalam blog kalian tetapi indahnya andai kita boleh berkongsi kisah - kisah yang mendekatkan diri kita semua kepada pencipta dunia. banyak cerita yang dikongsikan dalam blog,..ada cerita peribadi, ada cerita hidup orang dan sebagainya.

biasa saja tentang tajuk entri ini ~ aku belum kenal diri...
tapi aku perlu fikiran kalian.


ramai insan yang aku kenali sepanjang hidupku dan dalam perkenalan dengan mereka, banyak ujian yang aku hadapi bersama mereka...dan dalam pertemuan dengan mereka, rupanya aku semakin faham bahawa aku belum mengenal diri ku yang sebenarnya walaupun telah hidup bertahun - tahun.




Siapa kah aku didunia ini?
Bagaimana aku boleh hidup di sini?
Untuk apa?..

Aku membaca Al-quran, kerna aku diberitahu jawapan kepada semua persoalan di dalam jiwa ini ada didalamnya. dalil aqli dan naqli, aku cari.

aku orangnya biasa - biasa saja dalam pengetahuan agama. aku masih tidak faham nikmat syurga dan azab neraka. ada orang beritahu bahawa untuk mengetahui dan memahami nikmat syurga perlu menerokai nikmat dunia... Betulkah? Bagaimana agaknya?
Rupanya, ramai manusia yang hanya mengikut syariat Allah tetapi lupa kepada makrifat, hakikat, tarikat.......... tentang Allah.

ada orang beritahu untuk mengenal Allah, perlu mengenal diri dahulu...dan untuk mengenal diri, perlu mengenal manusia dahulu....dan ramai yang hancur bila dah kenal manusia. kenapa? Kerana akan terlupa untuk mengenal Allah.

ada orang yang hidupnya menjaga syariat Allah tetapi terpisah dari makrifatullah... ada orang tahu Allah adalah pemilik mutlak alam tetapi ingkar syariat Allah.

aku mengira ramai manusia di luar sana yang sedang 'mencari sesuatu yang hilang....'
sesuatu yang sangat berharga, tiada nilaian harta mampu menebus kehilangannya.


adakah di antara kalian turut merasa kehilangan sesuatu sepertimana yang aku rasa..?
atau adakah di antara kalian yang taksub dengan hidup di dunia ini........hingga lupa bahawa hidup hanya sementara !

adakah diantara kalian yang telah mengenal dirinya ?.. berkongsilah dengan aku..beritahu aku rahsianya agar aku dapat kenal diri lalu kenal Allah lalu aku boleh bertemu Allah dalam redhaNYA.

Sunday, March 15, 2009





Bumi semenanjung menjadi tempat pertemuan kami berempat. Walaupun berlainan agama dan bangsa, kami terasa senang berkawan. Pantang bertemu, suasana selalu kan bertukar ceria.


Keramahan mereka membuat aku tertarik untuk mendekati ketiga – tiganya. Salah seorang daripada mereka menjadi guru bahasa india untuk aku. Selepas habis kuliah pada waktu petang, masa telah ditetapkan untuk belajar bahasa india daripadanya.


Bersama mereka bertiga juga, aku mengasah lidah aku untuk bertutur dan belajar bahasa inggeris dengan lebih baik. Bukannya tidak ada kawan – kawan melayu untuk diajak berbual dalam bahasa inggeris tetapi aku suka bercerita dengan mereka sambil mengetahui kebudayaan serta adat resam mereka.


Setakat ini, kami selalu tolong – menolong dalam pembelajaran. Budaya ‘sendiri – sendiri’ bukan budaya pembelajaran kami.


Semasa berada di bumi Sabah, aku tidak ada kawan yang berbangsa india. Di sekelilingku, kebanyakannya adalah orang yang berbangsa cina. Mungkin dulu, aku kurang kemahiran sosial maka kawan – kawan ku cuma di kalangan sebangsa saja. Apabila meningkat dewasa, aku semakin faham akan kepentingan memiliki ramai kenalan serta kawan.


Memang rasa percaya tidak boleh diberikan 100% tetapi inilah bentuk pelajaran yang perlu kita alami sepanjang hidup di dunia ini. Terpulang lah pada anda. Ada kalanya dikhianati kawan, ada juga yang dimanjakan oleh kawan dan pelbagai ragam lagi dalam persahabatan.


Yang menariknya tentang guru bahasa india ku ini, dia menawarkan dirinya pula untuk belajar bahasa arab daripadaku. Jujur ku katakan, aku tidak fasih berbahasa arab. Tapi tidak mengapa aku boleh ajar tulisan jawi dan sedikit lah perkataan arab. Alhamdulillah, sebelum ini aku ada membeli suatu buku kecil yakni ‘perbualan 3 bahasa-arab,inggeris,malaysia’. Buku kecil ini kujadikan rujukan.


Inilah sistem barter yang kami persetujui. Kami memang saling memanfaatkan aset yang ada pada diri kami untuk kemajuan bersama. Maksud ana, ilmu yang ada dikongsi…saling bertukar kenalan dan macam – macam lagi.


Aku sedar sebagai orang islam, bukan mudah untuk ‘selalu betul & kelihatan terbaik dalam semua hal di hadapan mad’u kita’.


Memang penting dalam dakwah, kita jangan menunjukkan kelemahan diri kita. Well, we have our own weakness. Maka bila bersama ‘my 1st three Indian friends’ ini, aku latih diri untuk merendah hati. Semoga dakwah ini berjaya.


Biar aku tidak dapat melihat hasilnya, yang lebih utama adalah……

AKU CUBA, AKU USAHA !

Monday, March 09, 2009

UsEless WeApon


Idea entri kali ini timbul setelah saya menghadiri Kuliah agama yang sering diadakan di kampus pada waktu rehat sekitar zohor.

PEnceramah jemputan pada suatu kuliah ada menyentuh tentang

10
PERKARA YANG SIA – SIA.


Saidina Uthman bin Affan menyatakan antara 10 perkara tersebut adalah :

  1. Orang alim yang tidak ditanya ilmunya.
  2. Ilmu yang tidak diamalkan.
  3. Nasihat yang benar tetapi tidak diterima.

4. SENJATA YANG TIDAK DIPAKAI

5. Masjid yang tidak dimakmurkan dengan solat jemaah.

6. Al – quran yang tidak dibaca.

7. Harta yang tidak diinfaqkan.

8. Kuda yang tidak ditunggangi.

9. Zuhud dihati orang yang cintakan dunia.

10. Umur yang panjang tetapi tidak digunakan untuk beribadah.


Saya tertarik untuk mengulas secara ringkas tentang perkara yang ke-4 yakni senjata yang tidak dipakai.


Hampir Semua Negara Islam memiliki senjata pertahanan masing – masing. Mungkin disebabkan pengaruh istilah ‘masing – masing’ ini maka bilangan Negara yang sudi menghulurkan kelengkapan senjata bagi rakyat Palestin untuk mengusir Yahudi Laknatullah menghampiri SiFaR !


Mungkin ada yang berpendapat hal ini kurang relevan pada era kini. Dulu boleh lah pakai kan….sebab memang dulu peperangan kerap berlaku antara golongan kuffar dan pihak muslimin, jadi menjadi perbuatan sia - sia apabila membiarkan senjata tidak diguna semaksimumnya tetapi sekarang LAIN !


SEkarang,........... SEnjata hanya digunakan untuk pertahanan Negara masing – masing. Yang menghairankan adalah bagaimana negara golongan kuffar ini boleh bersatu menumbangkan ISlam dengan menyumbangkan sejumlah besar kelengkapan senjata canggih kepada Yahudi Laknatullah sedangkan negara muslim terus berpeluk tubuh menyelamatkan harta benda 'masing - masing' tanpa menghayati nilai empati terhadap rakyat Palestin. Sungguh sekiranya hal ini berlanjutan, ternyata masih tipis lagi rasa tanggungjawab kita terhadap Palestin dan nasib rakyatnya.


SIA – SIA kita memiliki senjata canggih tetapi tidak digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan. Rakyat Palestin walaupun cuma berbekalkan senjata keimanan yang teguh dan batu – batu kecil namun, mereka yang berjihad di sana mempunyai kedudukan istimewa di sisi Allah S.W.T.


Apakah yang tidak kena dengan umat Islam kini ? ADAkah kerana kita tidak mampu membantu mereka dalam aspek persenjataan ? atau sebenarnya ketakutan kita menentang Yahudi Laknatullah serta sekutunya menjadi asbab utama senjata yang kita ada terus tersimpan rapi.


Entri ringkas ini diharap memberi manfaat kepada pembaca blog khazinatul asrar. Melaksanakan sesuatu bukan semudah kita membicarakannya.


Jangan Fikir Remeh Pesanan Para Sahabat Rasulullah S.A.W.

Hikmah dan makna yang mendalam pada setiap butir bicara mereka kadangkala tidak tercapai dek akal kita.

Kepada kawan - kawan, jemputlah menghadiri kuliah agama pada hari isnin dan rabu di dewan kuliah 2 di kampus kita ok !

Bersama Menambah Ilmu !

Sebarang teguran dan komen pada setiap artikel yang saya tulis amat dialu - alukan.

Sunday, March 08, 2009

VoTe FoR HPA !



HPA menjadi alternatif penting dalam menjayakan usaha pemboikotan barangan Yahudi dan sekutunya!



TURN TO MUSLIM'S PRODUCT

AGAK LAMA saya tidak menulis entri baru.

Alhamdulillah, semangat berkobar - kobar semula hendak mengaktifkan diri dalam dunia blogger.

Dimulakan dengan promosi barangan HPA.

...sssSSShhh.... Dalam diam - diam, HPA kini berjaya meluaskan pasarannya di dalam negeri serta negara sekitarnya seperti Indonesia dan Brunei Darussalam. Ia bukan sahaja syarikat 100% milik bumiputra Muslim malahan terkenal sebagai syarikat jualan langsung yang memiliki panel syariah tersendiri.

HPA SDN. BHD memiliki kepakaran sebagai pengeluar dan pengedar produk muslim dan halal berasaskan herba tempatan, selain mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.

PENGUMUMAN PENTING KEPADA SELURUH UMAT ISLAM :

sila layari http://www.hpa.com.my

untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk harian keluaran HPA yang dijamin halal dan berkualiti, insya'ALLAH.

ISU yang ingin saya ketengahkan di sini sebenarnya adalah mengenai kesedaran masyarakat islam tentang barangan halal yang ada di pasaran.

Hal ini sesungguhnya semakin dilupakan oleh ramai orang apatahlagi era kini dihuni oleh kebanyakan manusia yang suka menghalalkan cara demi matlamat peribadi yang ingin dicapai. Ada penjual yang suka mengaut keuntungan yang lebih tidak mengendahkan kebajikan umat islam sehingga sanggup menipu dan menjual barangan yang mengandungi bahan haram bagi umat islam.

Umat islam tidak sepatutnya tunduk dan mengikut saja arus kemodenan yang ada sehingga mengabaikan hukum yang telah Allah S.W.T tetapkan.

Adalah menjadi kewajipan untuk umat islam memelihara diri daripada perkara - perkara syubhah, perkara - perkara haram seperti yang termaktub dalam AL-quran.
"Bukannya asyik menyibukkan diri,.... membahaskan perlembagaan dan peraturan negara tetapi PATUT LEBIH PEKA DENGAN KANDUNGAN AL- QURAN"

Bagi memastikan umat islam terjamin kebajikannya, dan mendapat ketenangan menggunakan produk harian yang halal serta berkualiti, adalah menjadi kewajipan untuk kita menyokong saudara muslim kita yang berusaha menyediakan alternatif dengan membuka perusahaan seperti HPA ( Herba Penawar Al-Wahida ).


PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA.
Tersentuh dan terkesan hati saya apabila membaca berulangkali slogan HPA. Atas kesedaran yang dikurniakan ALLAH S.W.T, saya menulis sesuatu berkaitan HPA dalam entri kali ini. Marilah kita bersama - sama menggunakan barangan halal HPA dan tolong sebarkan kepada semua saudara muslim kita.

Bukan sahaja sokongan kepada HPA, semua saudara Muslim yang membuka perusahaan yang halal perlu kita beri sokongan mental dan fizikal.
MAri KIta MAju BErsama.
Wallahu'alam.

BERSATU MEMBENTUK KHILAFAH ISLAMIYYAH



Monday, February 09, 2009


Saya ingin menegaskan pada ‘mereka’ bahawa KEMERDEKAAN MALAYSIA bukanlah hadiah daripada penjajah. Ia bukan cuma diperjuangkan dengan rundingan tetapi sebelum itu senjata seperti tombak, mata pedang, buluh runcing telah mendahului sehinggakan ada rakyat yang hilang harta, maruah mahupun nyawa demi kemerdekaan ini.


Jika cuma atas nama melayu, saya percaya negara kita mungkin tidak bebas pada ketika itu. Tetapi, oleh kerana mereka yang memperjuangkan kebebasan ini adalah dari kalangan yang faham islam dan hak kemanusiaan maka generasi sekarang mampu menikmati kemerdekaan.


Apabila rundingan damai diadakan antara pihak penjajah dan pemimpin negara kita sekitar tahun 1950-an, saya berpendapat bahawa rundingan itu cuma ‘topeng perdamaian’ pihak penjajah. Hakikatnya, penjajahan mereka tidak pernah berhenti. Kebebasan ‘fizikal’ yang kita nikmati kini tentu sekali tidak mampu menutupi penjajahan ‘rohani’ yang mereka lakukan. Kita dibebaskan setelah mereka menjatuhkan harga negara kita. Begitu mudah kita memaafkan mereka, tetapi tolonglah jangan pernah lupa sejarah ini.


Memang wujud golongan yang faham tentang isu ini, mungkin ada yang berasa bosan membincangkan hal yang sama. Tapi, saya tetap ingin menulis tentangnya.


Saya menghadiahkan penulisan ini pada diri sendiri dan pada 'dia' yang tidak menyedari bahawa dirinya sedang dijajah. Dia membenarkan budaya bukan islam menjajah dirinya. Baginya, ia cuma asimilasi budaya. Elok untuk perkembangan kesenian dan kebudayaan negara.


Lama kelamaan, dia lupa budaya timur, dan yang paling parah apabila lupa tentang islam. Tidak berasa malu apabila dirinya beragama islam tetapi tidak tahu asas islam. Bercakap tentang islam, berbangga dengan kehebatan al-quran tetapi dirinya tidak pun mengamalkan perintah yang terkandung di dalamnya.


Menafikan kewajipan hukum hudud, menangguhkan kewajipan menutup aurat dan pelbagai lagi perbuatan sekelompok umat islam zaman ini yang menentang perintah TUHAN , seolah – olah mereka sangka TUHAN tidak tahu apa yang mereka lakukan.


Perasaan takut untuk melaksanakan hukum hudud dan kerisauan mereka tentang hukum ini boleh menimbulkan kekacauan antara kaum menimbulkan persoalan di benak fikiran saya.


Manakah yang lebih ditakuti antara ALLAH, tuhan yang maha berkuasa atau manusia hina dina yang menghalangi islam daripada bersinar di bumi ini ?


Sikap pengecut orang islam inilah yang menyebabkan penjajahan terus berleluasa.


Bagaimana pihak anti-islam boleh berpakat dan bersatu mengadakan serangan terhadap muslimin sedangkan antara kita umat islam pantang sekali bersua muka, maka tercetuslah perang mulut.


Walaupun golongan anti-islam ini muncul daripada pelbagai fahaman samada pluralisme, sekularisme dan sebagainya namun mereka boleh duduk di meja bulat, bersama - sama memikirkan cara untuk memesongkan akidah umat islam. Manakala umat islam pula terus khayal dengan hiburan yang melalaikan. Kemunculan generasi pengecut yang suka berdiam diri ini dan tidak berani menghalang musuh islam daripada terus – menerus menindas negara islam amat memilukan hati.



Suka sekali saya mengaitkan hal ini dengan isu Palestin. Mungkin Palestin telah lama damai sekiranya umat islam berani mengangkat senjata memerangi penceroboh yahudi laknatullah.

Telah beberapa kali rundingan damai diadakan namun sejarah mencatatkan bahawa golongan anti-islam ini tetap mungkir pada janjinya.


Walaupun Islam itu terkenal dengan kelembutan, ia tidak patut disalahertikan sepertimana diamnya Rasulullah itu ada sifatnya. Bukan diam kosong. Begitu juga dengan kelembutan Rasulullah, ada hadnya.


Dulu, umat islam adalah juara perang tetapi kini ramai yang mengangkat bendera putih walaupun belum memasuki medan peperangan.


Jangan Jadi Pengecut. Tetapi Bukan Bermakna Berani memBabi Buta.


Berani kerana Benar, Takut kerana Salah !


khazinatul asrar ; menyedarkan dunia ; memajukan tamadun ; hak cipta terpelihara :

Tuesday, January 20, 2009

topeng mahasiswa


~keimanan bukan terletak pada pakaian tetapi pakaian mencerminkan keimanan~

Saya memetik kata - kata di atas daripada seorang kawan semasa berada di sekolah menengah dulu. Kadangkala saya bersetuju dengan mutiara kata itu, tapi ada ketikanya saya berasa ia kurang tepat.

Dalam hidup ini, manusia seringkali dilanda fenomena 'tipu'. Ada yang menipu, tertipu dan ditipu.

Hal ini sengaja saya kaitkan dengan mahasiswa kerana suatu kejadian yang berlaku di Tasik Permaisuri telah menyedarkan saya bahawa mahasiswa kini berada pada tahap yang sangat membimbangkan.

Ini tidak bermaksud saya anti - mahasiswa. Saya juga seorang mahasiswa. Adalah amat penting untuk semua pihak bangkit bagi membantu segelintir mahasiswa khasnya dan remaja umumnya dalam aspek pembinaan akhlak yang baik.

Keindahan Tasik Permaisuri memang tidak dapat disangkal lagi. Ia menjadi pilihan ramai pasangan yang ingin menikmati suasana romantis ditemani kegelapan malam dan sinaran bulan purnama.

Sepanjang perjalanan saya dan beberapa kumpulan lagi yang mengikuti operasi banteras maksiat bersama pihak JAWI & LANDAS di sekitar Tasik permaisuri pada minggu lepas, banyak hal di
luar jangkaan yang berlaku.


Tatkala Rakyat Palestin hidup menderita dan memerlukan bantuan kita, ada lagi mahasiswa yang masih mampu menghabiskan masa melakukan aktiviti ' riadah ' yang sia - sia.


Pasangan yang melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam semasa operasi itu rata - ratanya terdiri daripada kalangan mahasiswa !

Mahasiswa terlibat dalam kes khalwat !

Mahasiswa terlibat dalam persetubuhan luar nikah dan minuman yang memabukkan !

Hal ini sepatutnya tidak berlaku pada mahasiswa minda kelas pertama ! pun tidak kira lah minda kelas yang ke berapa...

Semasa melakukan rondaan di sekitar tasik bersama rakan lain, terdapat pasangan mahasiswa yang sedang berasmara dana di pondok gelap.

Apabila saya dan beberapa teman lain bertanyakan hal yang sebenar, mereka menipu dan enggan mengaku salah akan perbuatan mereka. Pihak JAWI yang semestinya berpengalaman dalam hal sebegini berjaya memaksa pasangan terbabit mengaku. Rupa - rupanya, mereka memang datang bersama ke tasik tersebut untuk ' dating '.

Sepandai - pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Saya tidak mampu menceritakan secara terperinci kejadian sebenar. Apa yang ingin saya utarakan di sini ialah mahasiswa sanggup menipu dan bertopeng demi untuk menutupi kesalahan mereka. Agar mereka tidak didenda, tidak dimarah.

Akhlak yang baik dan nilai murni yang diajar oleh ibu bapa dan keluarga hanya menjadi perhiasan apabila perlu tetapi TIDAK di belakang mereka.

Rata - ratanya yang dikenakan saman pada malam itu terdiri daripada kalangan mahasiswi bertudung. Yang tak bertudung..... apatah lagi.

Kefahaman tentang tujuan bertudung dan penutupan aurat masih lagi rendah walaupun mahasiswi ini boleh dikatakan telah memasuki peringkat pengajian yang tinggi. Inilah akibatnya apabila manusia akhir zaman berani mengenepikan pendidikan agama.

Pertemuan indah di taman boleh mengundang bencana seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jangan bermain api wahai mahasiswa/i, nanti terbakar badan sendiri.

Jadi, cukuplah !
Mahasiswa perlu berubah,
Berhenti lah melakukan aktiviti ' riadah ' yang keji dan sia - sia.

Banyak program kemasyarakatan yang boleh disertai,
! selamat berubah kepada mahasiwa !


khazinatul asrar ; menyedarkan dunia ; memajukan tamadun ; hak cipta terpelihara :