Sunday, March 15, 2009





Bumi semenanjung menjadi tempat pertemuan kami berempat. Walaupun berlainan agama dan bangsa, kami terasa senang berkawan. Pantang bertemu, suasana selalu kan bertukar ceria.


Keramahan mereka membuat aku tertarik untuk mendekati ketiga – tiganya. Salah seorang daripada mereka menjadi guru bahasa india untuk aku. Selepas habis kuliah pada waktu petang, masa telah ditetapkan untuk belajar bahasa india daripadanya.


Bersama mereka bertiga juga, aku mengasah lidah aku untuk bertutur dan belajar bahasa inggeris dengan lebih baik. Bukannya tidak ada kawan – kawan melayu untuk diajak berbual dalam bahasa inggeris tetapi aku suka bercerita dengan mereka sambil mengetahui kebudayaan serta adat resam mereka.


Setakat ini, kami selalu tolong – menolong dalam pembelajaran. Budaya ‘sendiri – sendiri’ bukan budaya pembelajaran kami.


Semasa berada di bumi Sabah, aku tidak ada kawan yang berbangsa india. Di sekelilingku, kebanyakannya adalah orang yang berbangsa cina. Mungkin dulu, aku kurang kemahiran sosial maka kawan – kawan ku cuma di kalangan sebangsa saja. Apabila meningkat dewasa, aku semakin faham akan kepentingan memiliki ramai kenalan serta kawan.


Memang rasa percaya tidak boleh diberikan 100% tetapi inilah bentuk pelajaran yang perlu kita alami sepanjang hidup di dunia ini. Terpulang lah pada anda. Ada kalanya dikhianati kawan, ada juga yang dimanjakan oleh kawan dan pelbagai ragam lagi dalam persahabatan.


Yang menariknya tentang guru bahasa india ku ini, dia menawarkan dirinya pula untuk belajar bahasa arab daripadaku. Jujur ku katakan, aku tidak fasih berbahasa arab. Tapi tidak mengapa aku boleh ajar tulisan jawi dan sedikit lah perkataan arab. Alhamdulillah, sebelum ini aku ada membeli suatu buku kecil yakni ‘perbualan 3 bahasa-arab,inggeris,malaysia’. Buku kecil ini kujadikan rujukan.


Inilah sistem barter yang kami persetujui. Kami memang saling memanfaatkan aset yang ada pada diri kami untuk kemajuan bersama. Maksud ana, ilmu yang ada dikongsi…saling bertukar kenalan dan macam – macam lagi.


Aku sedar sebagai orang islam, bukan mudah untuk ‘selalu betul & kelihatan terbaik dalam semua hal di hadapan mad’u kita’.


Memang penting dalam dakwah, kita jangan menunjukkan kelemahan diri kita. Well, we have our own weakness. Maka bila bersama ‘my 1st three Indian friends’ ini, aku latih diri untuk merendah hati. Semoga dakwah ini berjaya.


Biar aku tidak dapat melihat hasilnya, yang lebih utama adalah……

AKU CUBA, AKU USAHA !

3 comments:

suffyan razzaq said...

semoga setiap derap langkah dan usaha cik kesuma beroleh ganjaran dari-Nya...

naoniks said...

Salam muhibbah dihulurkn buat cik kesuma DEWI.huhuhu....x sangka plak sayer...anda mempunyai blog yg sechantek rupa tuannya.Actually,sayer x nk la bg komen apa kt sinih.Just want to say, if we never try to be frend with somebody else, we'll donno how they can treat us.So, apa2 pong,ikutlah kata pepatah melayu lama,"Kawan biar beribu,Teman biar satu".At least,anda mencuba dlm apa yg anda lakukan.Cukuplah itu sbagai suatu kejayaan.

Ro Zhaf Zeck said...

aaa..tersinggah jap..tumpang lalu..('',)