Monday, February 09, 2009

Don't Be a CoWaRd


Saya ingin menegaskan pada ‘mereka’ bahawa KEMERDEKAAN MALAYSIA bukanlah hadiah daripada penjajah. Ia bukan cuma diperjuangkan dengan rundingan tetapi sebelum itu senjata seperti tombak, mata pedang, buluh runcing telah mendahului sehinggakan ada rakyat yang hilang harta, maruah mahupun nyawa demi kemerdekaan ini.


Jika cuma atas nama melayu, saya percaya negara kita mungkin tidak bebas pada ketika itu. Tetapi, oleh kerana mereka yang memperjuangkan kebebasan ini adalah dari kalangan yang faham islam dan hak kemanusiaan maka generasi sekarang mampu menikmati kemerdekaan.


Apabila rundingan damai diadakan antara pihak penjajah dan pemimpin negara kita sekitar tahun 1950-an, saya berpendapat bahawa rundingan itu cuma ‘topeng perdamaian’ pihak penjajah. Hakikatnya, penjajahan mereka tidak pernah berhenti. Kebebasan ‘fizikal’ yang kita nikmati kini tentu sekali tidak mampu menutupi penjajahan ‘rohani’ yang mereka lakukan. Kita dibebaskan setelah mereka menjatuhkan harga negara kita. Begitu mudah kita memaafkan mereka, tetapi tolonglah jangan pernah lupa sejarah ini.


Memang wujud golongan yang faham tentang isu ini, mungkin ada yang berasa bosan membincangkan hal yang sama. Tapi, saya tetap ingin menulis tentangnya.


Saya menghadiahkan penulisan ini pada diri sendiri dan pada 'dia' yang tidak menyedari bahawa dirinya sedang dijajah. Dia membenarkan budaya bukan islam menjajah dirinya. Baginya, ia cuma asimilasi budaya. Elok untuk perkembangan kesenian dan kebudayaan negara.


Lama kelamaan, dia lupa budaya timur, dan yang paling parah apabila lupa tentang islam. Tidak berasa malu apabila dirinya beragama islam tetapi tidak tahu asas islam. Bercakap tentang islam, berbangga dengan kehebatan al-quran tetapi dirinya tidak pun mengamalkan perintah yang terkandung di dalamnya.


Menafikan kewajipan hukum hudud, menangguhkan kewajipan menutup aurat dan pelbagai lagi perbuatan sekelompok umat islam zaman ini yang menentang perintah TUHAN , seolah – olah mereka sangka TUHAN tidak tahu apa yang mereka lakukan.


Perasaan takut untuk melaksanakan hukum hudud dan kerisauan mereka tentang hukum ini boleh menimbulkan kekacauan antara kaum menimbulkan persoalan di benak fikiran saya.


Manakah yang lebih ditakuti antara ALLAH, tuhan yang maha berkuasa atau manusia hina dina yang menghalangi islam daripada bersinar di bumi ini ?


Sikap pengecut orang islam inilah yang menyebabkan penjajahan terus berleluasa.


Bagaimana pihak anti-islam boleh berpakat dan bersatu mengadakan serangan terhadap muslimin sedangkan antara kita umat islam pantang sekali bersua muka, maka tercetuslah perang mulut.


Walaupun golongan anti-islam ini muncul daripada pelbagai fahaman samada pluralisme, sekularisme dan sebagainya namun mereka boleh duduk di meja bulat, bersama - sama memikirkan cara untuk memesongkan akidah umat islam. Manakala umat islam pula terus khayal dengan hiburan yang melalaikan. Kemunculan generasi pengecut yang suka berdiam diri ini dan tidak berani menghalang musuh islam daripada terus – menerus menindas negara islam amat memilukan hati.



Suka sekali saya mengaitkan hal ini dengan isu Palestin. Mungkin Palestin telah lama damai sekiranya umat islam berani mengangkat senjata memerangi penceroboh yahudi laknatullah.

Telah beberapa kali rundingan damai diadakan namun sejarah mencatatkan bahawa golongan anti-islam ini tetap mungkir pada janjinya.


Walaupun Islam itu terkenal dengan kelembutan, ia tidak patut disalahertikan sepertimana diamnya Rasulullah itu ada sifatnya. Bukan diam kosong. Begitu juga dengan kelembutan Rasulullah, ada hadnya.


Dulu, umat islam adalah juara perang tetapi kini ramai yang mengangkat bendera putih walaupun belum memasuki medan peperangan.


Jangan Jadi Pengecut. Tetapi Bukan Bermakna Berani memBabi Buta.


Berani kerana Benar, Takut kerana Salah !


khazinatul asrar ; menyedarkan dunia ; memajukan tamadun ; hak cipta terpelihara :

0 comments: