Tuesday, January 20, 2009

topeng mahasiswa


~keimanan bukan terletak pada pakaian tetapi pakaian mencerminkan keimanan~

Saya memetik kata - kata di atas daripada seorang kawan semasa berada di sekolah menengah dulu. Kadangkala saya bersetuju dengan mutiara kata itu, tapi ada ketikanya saya berasa ia kurang tepat.

Dalam hidup ini, manusia seringkali dilanda fenomena 'tipu'. Ada yang menipu, tertipu dan ditipu.

Hal ini sengaja saya kaitkan dengan mahasiswa kerana suatu kejadian yang berlaku di Tasik Permaisuri telah menyedarkan saya bahawa mahasiswa kini berada pada tahap yang sangat membimbangkan.

Ini tidak bermaksud saya anti - mahasiswa. Saya juga seorang mahasiswa. Adalah amat penting untuk semua pihak bangkit bagi membantu segelintir mahasiswa khasnya dan remaja umumnya dalam aspek pembinaan akhlak yang baik.

Keindahan Tasik Permaisuri memang tidak dapat disangkal lagi. Ia menjadi pilihan ramai pasangan yang ingin menikmati suasana romantis ditemani kegelapan malam dan sinaran bulan purnama.

Sepanjang perjalanan saya dan beberapa kumpulan lagi yang mengikuti operasi banteras maksiat bersama pihak JAWI & LANDAS di sekitar Tasik permaisuri pada minggu lepas, banyak hal di
luar jangkaan yang berlaku.


Tatkala Rakyat Palestin hidup menderita dan memerlukan bantuan kita, ada lagi mahasiswa yang masih mampu menghabiskan masa melakukan aktiviti ' riadah ' yang sia - sia.


Pasangan yang melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam semasa operasi itu rata - ratanya terdiri daripada kalangan mahasiswa !

Mahasiswa terlibat dalam kes khalwat !

Mahasiswa terlibat dalam persetubuhan luar nikah dan minuman yang memabukkan !

Hal ini sepatutnya tidak berlaku pada mahasiswa minda kelas pertama ! pun tidak kira lah minda kelas yang ke berapa...

Semasa melakukan rondaan di sekitar tasik bersama rakan lain, terdapat pasangan mahasiswa yang sedang berasmara dana di pondok gelap.

Apabila saya dan beberapa teman lain bertanyakan hal yang sebenar, mereka menipu dan enggan mengaku salah akan perbuatan mereka. Pihak JAWI yang semestinya berpengalaman dalam hal sebegini berjaya memaksa pasangan terbabit mengaku. Rupa - rupanya, mereka memang datang bersama ke tasik tersebut untuk ' dating '.

Sepandai - pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Saya tidak mampu menceritakan secara terperinci kejadian sebenar. Apa yang ingin saya utarakan di sini ialah mahasiswa sanggup menipu dan bertopeng demi untuk menutupi kesalahan mereka. Agar mereka tidak didenda, tidak dimarah.

Akhlak yang baik dan nilai murni yang diajar oleh ibu bapa dan keluarga hanya menjadi perhiasan apabila perlu tetapi TIDAK di belakang mereka.

Rata - ratanya yang dikenakan saman pada malam itu terdiri daripada kalangan mahasiswi bertudung. Yang tak bertudung..... apatah lagi.

Kefahaman tentang tujuan bertudung dan penutupan aurat masih lagi rendah walaupun mahasiswi ini boleh dikatakan telah memasuki peringkat pengajian yang tinggi. Inilah akibatnya apabila manusia akhir zaman berani mengenepikan pendidikan agama.

Pertemuan indah di taman boleh mengundang bencana seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jangan bermain api wahai mahasiswa/i, nanti terbakar badan sendiri.

Jadi, cukuplah !
Mahasiswa perlu berubah,
Berhenti lah melakukan aktiviti ' riadah ' yang keji dan sia - sia.

Banyak program kemasyarakatan yang boleh disertai,
! selamat berubah kepada mahasiwa !


khazinatul asrar ; menyedarkan dunia ; memajukan tamadun ; hak cipta terpelihara :