Wednesday, December 31, 2008




Menarik sekali gaya pensyarah saya mengajar subjek toksikologi hari ini. Semasa beliau memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang toksikologi, menurut beliau, ada juga kenalan yang mempersoalkan keputusan tersebut.

Kata mereka,..

Penting sangat kah toksikologi ?
Pilihlah bidang IT ( Information Technology ) ke…BT ( biotechnology ) ke… dua bidang ni mempunyai masa depan yang cerah serta berupaya untuk bertahan hingga abad seterusnya.

Ternyata pilihan beliau sesuai dengan kepentingan masyarakat sepanjang masa terutamanya apabila menyentuh soal keselamatan kehidupan. Pada era globalisasi kini, individu yang pakar dalam bidang toksikologi mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran kerjaya.

Itu sedikit iklan, boleh juga dikatakan sebagai promosi bidang toksikologi…hehe.

Entri kali ini sebenarnya ingin mengupas sedikit tentang isi kuliah beliau yang membuatkan kuasa fokus fikiran saya bertambah - tambah malahan kening saya juga turut berkerut semasa mendengar penjelasan beliau mengenai persoalan yang telah saya ketengahkan sebagai tajuk ‘post’.

Benarkah semua bahan adalah racun ?

Menurut Paracelsus yang dikenali sebagai bapa toksikologi,

All substances are poisons. There is none that is not a poison. The right dose differentiates a poison and a remedy.

Air BUKAN racun tetapi jika seseorang meminum air sebanyak isi kapal selam, sudah tentu BOLEH memberi kesan toksik pada badan atau kematian.

Ubat panadol dan pelbagai jenis ubat lagi juga BUKAN racun tetapi jika seseorang mengambil ubat dalam dos yang berlebihan, ia BOLEH bertindak sebagai racun.

Nasi, minyak,…asap kereta..semuanya RACUN TETAPI DOS YANG BETUL mampu membezakan sesuatu bahan itu adalah racun atau penawar !


Jadi, suka sekali saya mengaitkan hal ini dengan penagih dadah, penghisap rokok, dan yang sewaktu dengannya. Jika kita perhatikan, golongan ini begitu mudah merosakkan badan mereka sendiri. DADAH, ROKOK dan bahan – bahan lain yang diambil dalam dos berlebihan atau dalam tempoh masa yang lama boleh merosakkan organ dalaman serta menganggu fisiologi tubuh.


~ Memetik kata – kata daripada pensyarah saya ~

‘Body loves you ! more than your boy@girlfriends love you !’
Mungkin kata – kata ini mampu mengingatkan kita.


Benar, jasad yang kita ada ini sangat menyayangi diri kita sehinggakan bila kita melakukan sesuatu yang tidak baik kepada diri, jasad akan memberitahu kita melalui kesan – kesan seperti alergi pada badan, batuk lah, muntah lah dan sebagainya.

Sungguh rugi jika kita tidak menjaga kesihatan dan memelihara keselamatan tubuh yang amat menyayangi diri kita ini.
Bersyukurlah atas segala nikmat kurniaan Allah,
nikmat kesempurnaan tubuh yang sihat jangan disia – siakan.

: khazinatul asrar : Menyedarkan Dunia, Memajukan Tamadun : Hak cipta terpelihara :

Tuesday, December 02, 2008



“ Pengalaman antara GURU yang terbaik”.

Antara ya @ tidak, setiap kita mempunyai jawapan yang tersendiri terhadap kesahihan frasa di atas. Dan saya setuju mengatakan bahawa pengalaman adalah antara guru yang terbaik dalam mengajar selok – belok dan erti kehidupan.

Kelahiran blog ‘khazinatul asrar’ ini pun diharapkan menjadi medan perkongsian pengalaman. Belajar daripada pengalaman hidup individu merupakan bentuk motivasi yang jarang – jarang diterokai.


Justeru itu, saya mengajak sahabat ‘bloggers’ atau insan di luar sana untuk berani berkongsi pengalaman yang sesuai dan mendatangkan kebaikan kepada masyarakat.


Pengalaman saya semasa menaiki KTM di KL SENTRAL menuju stesen BANGI memeriahkan lagi pengisian blog ini.

Kebanyakan orang yang biasa menaiki KTM terutamanya pada waktu ‘puncak’ pasti maklum suasana semasa berada di dalam tren.
Kesilapan saya memilih waktu perjalanan yang kurang sesuai telah mengundang padah. Dan saya tidak menjangka tren waktu petang pada hari itu dipenuhi dengan manusia yang berpusu – pusu menaiki tren untuk kembali ke rumah masing – masing selepas bekerja.

Walaupun sukar, saya tetap gagahkan diri untuk merempuh masuk ke dalam tren, jika gagal alamatnya…mungkin menjelang malam baru dapat menaiki tren. Saya tersedar suasana yang kurang menyenangkan berlaku apabila tren telah tiba di stesen Mid Valley. Sebelum tu, tren taklah sesak dan menyesakkan, Cuma ‘full’ je.

Tren semakin padat dengan manusia, lelaki dan perempuan tersangat rapat, tak mengira tua atau muda, yang berbadan besar atau kecil turut sama terhimpit serta menghimpit. Adapun orang muda yang duduk seperti keberatan memberikan tempat pada orang tua. PANAS DAN LESU jasad apabila menaiki tren seperti ini !!!



ADA YANG LUPA ADAB, JAUH SEKALI SOPAN.. KERAKUSAN MENAIKI TREN MENYEBABKAN ADA YANG TAK KISAH DAH APABILA BERSENTUHAN KULIT ANTARA BUKAN MAHRAM. ADAKAH INI dikategorikan DARURAT ..?
JADI, TAK mengapa JIKA BERSENTUH KULIT DAN SANGAT RAPAT KEDUDUKAN LELAKI DAN PEREMPUAN..? TAK MUNGKIN,….

Saya fikir para pembaca sekalian tentu dapat membayangkan keadaan sesak dalam tren ini.
!!! Azam saya, TAKKAN KU ULANGI KESILAPAN INI !!!


Sempat juga telinga saya mendengar perbualan pelancong asing yang kebetulan berkumpul bersama keluarganya dan berdiri agak rapat dengan saya.
“ This is the style of developing countries like Malaysia. The train is so full..unpleasent.”..

Dialog di atas adalah antara isi penting yang dapat saya ingat semasa menulis ‘post’ ini. Tergamak juga mereka mengucapkan kata – kata tersebut sambil ketawa..tergelak – gelak. Apapun, inilah hakikat yang perlu diterima dan difikirkan !
Apa yang dapat saya tafsirkan, pelancong itu bukan hanya menegur akan kondisi tren yang tidak selesa pada waktu tersebut tetapi lebih kepada sikap kebanyakan orang yang lupa adab.
Dan yang paling menyakitkan mata apabila ternampak seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an mengambil kesempatan dengan memegang tangan seorang gadis. Memegang erat… Nasib baik, gadis tersebut menarik PANTAS tangannya. Cuma, dia diam saja.
For sure, I knew that girl..
Dan memang sah lelaki itu mengambil kesempatan dalam kesempitan sebegitu apabila saya sendiri bertanya kepada gadis itu setelah keadaan tren agak lengang. Gadis itu tak kenal pun lelaki tersebut.
Leganya hati saya apabila keluar dari tren. Dah sampai pun kat BANGI, hajat saya hendak melawat adik yang belajar di KUIS.
Semoga ALLAH mengampunkan segala kesalahanku sepanjang perjalanan dan sekalian muslimin yang terjebak di dalam tren tersebut.
DO NOT REPEAT IT AGAIN.!.
ImPiAn BombastiC

Terlintas di benak fikiran, seronoknya jika kerajaan MALAYSIA melancarkan projek membina tren yang mengasingkan ruang antara lelaki dan perempuan..yang kanak – kanak takpe kot..
Ya.. mengusahakan penciptaan tren islamik !
Jadi, boleh kurangkan gejala tak sihat…yakinlah ia berbaloi walaupun menelan bajet lebih besar berbanding yang diperuntukkan untuk tren yang ada sekarang.
Tak kisahlah bagaimana rupa bentuk tren islamik tu. Apa yang perlu diberi perhatian sekarang ialah gejala kurang sihat dalam tren perlu ‘JAGAAN KETAT PIHAK BERWAJIB’. Rasanya, semua perlu memainkan peranan. Ini baru cerita dalam tren, belum masuk slot cerita kat luar tren..
TAK LARAT NAK CERITA…

Kita perlu sentiasa berhati – hati dan bersedia menghadapi sebarang kejadian yang bakal berlaku pada masa hadapan.
Antara dua kejadian yang pasti ialah KEMATIAN ( KIAMAT KECIL BAGI MANUSIA ) DAN ‘TRUE’ KIAMAT !

: khazinatul asrar : Menyedarkan Dunia, Memajukan Tamadun : Hak cipta terpelihara :