Saturday, November 22, 2008

ni kawasan tasik tempat kami mengambil sampel air

Kembara ke Tasik Chini beberapa bulan lepas mengingatkan saya akan seorang wanita berbangsa India. Nanti sambung cerita pasal wanita ni..

Ok, menjelajah tasik bukannya untuk melepaskan tekanan walaupun baru tamat 'midsem exam' masa tu tapi kami perlu mengambil sampel air tasik.

pemandangan indah semasa menaiki bot

Nak kajilah..tercemar tak air tasik tu,.. saya dan beberapa lagi kawan yang mengambil kursus mikrobiologi kesihatan dan persekitaran perlu menyelesaikan misi itu. Bagi yang mengambil kursus elektif lain, dapat saya bayangkan keasyikan mereka memeluk bantal dan bersantai di kolej.

profesor kesayangan bersama teman - teman

Perjalanan dari kolej ke tasik tersebut mengambil masa kira – kira empat jam, ni pun jika jalan tak sesak sangat. Pagi – pagi lagi, kami dah bertolak dengan menaiki sebuah bas persiaran. Ok, sambung cerita..

Seorang wanita India sedang berdiri berdekatan bas tersebut.

Bisik hatiku, siapalah agaknya wanita ni, mungkin pembantu makmal. Tak lama selepas itu, dia pun turut menaiki bas, duduk depan, seorang diri tapi berdekatan tempat duduk pemandu.

Oooohhh…isteri kepada pemandu bas..rupanya !

Saya nampak dia diam saja, jadi saya ni pun ‘join the group’. Inilah peluang keemasan, mudah – mudahan ada sesuatu. YA,..MEMANG ADA SESUATU.

Saya fikir, saya yang busy body…rupa – rupanya, wanita India tu pun ada klas tersendiri..maksud saya lebih peramah berbanding saya..hehe..

Saya panggil dia ‘kak’. Kami berkenalan, seronok juga berbual dengan kakak tu. Kasihan sahabat saya noor, saya tinggalkan dia duduk di belakang seorang diri. Takpe, dia faham, saya sedang ‘bertugas’ menyebarkan kebenaran.

Kakak ni saja mengikuti suaminya, dan mereka pun memang tinggal di sekitar Pahang. Dia sempat lagi menunjukkan saya jalan ke rumahnya sebelum tiba di Tasik Chini. Sepanjang perjalanan, kami asyik bercerita..padahal hajat saya cuma mahu mencuri masanya sebentar. Sebab baru habis peperiksaan mid-semester, jadi seminggu sebelum tu asyik berjaga malam. Mengantuk sakan kawan…tahan je lah…

Ni antara topik menarik dalam perbualan kami ..HARGA BARANG NAIK, KOS HIDUP TINGGI, KELUARGA, CINTA, IBU BAPA, …. Banyaknya ilmu yang saya dapat. Subhanallah, Alhamdulillah..

Kakak tu beragama hindu. Kuat agama, jangan main – main,.. tapi dia memang menghormati agama Islam, sekejap saya bercerita tentang keindahan islam sekejap dia bercerita tentang agamanya pula.

Bila dia menasihati saya tentang cinta antara dua benua, berdebar juga hati ni,.. suaminya seperti sedang memerhatikan kami yang sedang rancak berbual.. Dan bukan saya yang memulakan topik cinta dan keluarga ni. But, i don't care. I am open-minded person.

Saya masih ingat lagi. Katanya, “Kesuma, jangan terburu – buru membina rumahtangga. Apatahlagi, nak buat anak pertama”.

Oppsss.. ok, harap saya tak salah dengar.

pinjam gambar anak orang, comelnya..

“Akak dulu..dah banyak kali makayah pesan, belajar betul – betul, biar dapat sijil atau ijazah ke.. akak faham juga, kami keluarga yang susah, tak kaya, ibu bapa pun tak dapat menampung kos pembelajaran akak. Bila jumpa lelaki yakni suami saya sekarang, saya fikir dengan berkahwin dapatlah mengurangkan beban yang ditanggung. Memang pada awal perkahwinan, kami hidup bahagia, ada duit simpanan..tapi beberapa tahun berikutnya, kami ditimpa ujian. Kami sangat susah, hutang kelilling pinggang. Tambahan pula, duit yang kami ada dipinjam oleh kawan suami saya dan tak dibayar semula. Cuma sekarang lah, suami saya dapat pekerjaan, dan akak pula bekerja di kedai ‘handset’. Akak sekadar lulus ‘PMR’, tak boleh memilih kerja”.

“Nanti, bila kesuma dah kahwin, pastikan simpan sedikit duit untuk perbelanjaan anak pertama, makan..minum..baju..susu tepung anak.. semua ni perlu dirancang dengan baik agar kita tak merana juga. Kita nak buat anak saja tapi tak buat persediaan yang terbaik untuk menyambut kelahirannya. Kasihan anak”.

“Walauapapun, tuhan memang baik. Akak percaya, kami diuji susah sekarang..tak lama lagi pasti Tuhan kan beri kesenangan juga”.

Saya anggukkan kepala, tanda setuju lah..walaupun memang terasa saraf bekerja keras menghantar maklumat begitu pantas, memanaskan enjin otak untuk berfikir dengan lebih mendalam akan makna ‘ayat – ayat cinta’ yang cuba disampaikan oleh akak ni. Banyak perkara lagi yang akak tu cakap tentang cinta dan keluarga, tak mampu saya tuliskan di ruangan ni.

Berselang – seli kami bertukar – tukar tazkirah, puas hati walaupun lama berbual. Dan saya..'YES' berjaya mengutip mutiara – mutiara bernilai untuk dijadikan harta serta hiasan sebuah mahligai syurga bersama suami tercinta nanti. Romantis pula kata – kata ni. Ish..ish..

Yang lucunya adalah tentang tajuk ‘post’ ni. Habis saja perbualan kami, saya boleh pula terlena hampir sejam di bahu wanita India tu. Mungkinkah suaminya nampak saya tidur disamping isterinya…Malunya,

Saya tersedar pun bila kawan – kawan nak berhenti rehat di sebuah ‘rumah rehat’.

“Maaf kak, saya tertidur..mesti lengan akak terasa ‘keberatan saya’ kan..sakit ke..”, saya meluahkan rasa hati, walaupun malu..

“Takde lah kesuma, akak senang bertemu kamu..”.

Kesuma melihat sesuatu pada wajahnya, terserlah cahaya kasih sayang, senyuman mesra..tanda ikatan antara manusia. Semoga dia menemui KEBENARAN.

Thursday, November 20, 2008



Manis,..nama panggilanku semasa kerja sambilan di supermarket. Sungguh tragis pengalaman kerja sambilan ni. Dalam banyak – banyak kerja yang pernah aku buat, tak sangka yang ni lain dari yang lain. Yang ni pun sebelum aku menerima tawaran melanjutkan pengajian di matrikulasi Labuan dulu.

Mendengar saja perkataan manis mengingatkan aku dengan sekumpulan geng. Fi, mira, ron, sal,.mereka ni perempuan. Cuma mira lebih asli kewanitaannya berbanding fi, ron dan sal yang bersifat agak tomboy!

Well, for me, they were really ‘tomboy’. Geng ni lah yang memanggilku dgn nama ’manis’. Entah, kenapa.

Aku baru saja bekerja di supermarket tu. Dan keramahan mereka menambat hatiku untuk selalu menghabiskan masa rehat bersama geng – geng ni. Apa yang istimewa tentang geng ni adalah mereka umpama anggota badan, saling bergantung antara satu sama lain untuk mencapai kesempurnaan hubungan. Hampir dua bulan mengenali mereka, aku tak sangka ada rahsia yang terpendam.

Sehinggalah ada kenalan lelaki yang bertanya kepadaku, “Kenapa kau berkawan dengan geng tu?...kau tak tahu kah mereka……………….”.

“Apa? ”, cepat gila aku potong ayatnya. “Takdalah”, gelabah juga kenalan tu menjawab pertanyaanku. Mungkin nadaku agak tegas. Yalah, geng tu kan baik sangat dengan aku, tiba – tiba dia mempersoalkan kehadiran mereka pula. Masa muda remaja, tak semua yang memiliki ‘fikiran panjang’. Aku tak percaya cakap – cakap orang selagi tak nampak bukti. Tak baik berburuk sangka apatahlagi dengan kawan yang baik seperti geng tu.

Pergi tandas… asyik – asyik pi tandas, apa kes ron dan mira ni. Ya lah, bekerja di ruangan yang dekat keraplah mereka bertentang mata, bercerita sakan. Aku pula bukan nak mengintip mereka buat apa kat tandas tu tapi memang kebetulan, aku ternampak mereka berdua. Ish..ish.. buat apa masuk tandas berdua?.. bisik hatiku. Terserempak pula dgn fi dlm tandas, “wow..woi,.!!! ",teriak Fi. “ Fi, jangan bising nanti bos dengar, naye kita nanti”. “Ah.. relaxlah manis. Ron, mira keluar cepat, korang buatpe kat dalam tu ha..!!!".

Tercegat aku dan fi melihat mereka keluar bersama. Ada ‘love bite’ kat leher mira. Astaghfirullah..hatiku mengucap, ingat Allah banyak – banyak. Mereka ni les ka?...lesbian rupanya.

Bila aku risik2 mereka,

SAH..mereka lesbian! Apa nak jadi ni, fi pun sama rupanya. Dan sal..patutlah sangat rapat dengan aku. Suka belanja aku makan, ambil berat bukan main, ingatkan kawan sampai hujung hayat,..sal kan perempuan, jadi aku tak kisah sangat bila berjalan bersama dia memegang tanganku atau bahuku. Memang sah perempuan. Tapi, ada suatu masa lah..mengapa sampai sal bermasam muka dengan fi, gaduh2 sebab AKU?... sal dan fi bergaduh sebab aku?.. apa kes pula ni..

Sal dan fi suka manis,.. hahahaha…..ketawa berdekah – dekah hatiku. YA ALLAH, sebelum aku terjerat dengan kelompok lesbian ni, baik aku blah… ya, aku jumpa bos, kontrak masih berjalan, jadi aku bagi alasan berbunga – bunga. Maaflah bos, aku tak tahan. Aku berjaya keluar dari situ.

Alhamdulillah, ALLAH menyelamatkan aku dari fitnah ini. Tapi, kasihan mereka. Bagaimana dengan geng tu, siapa yang akan menyedarkan mereka akan dosa dan kesalahan besar tu. Selepas memasuki matrikulasi, aku pernah terserempak dengan fi kat kedai baju, dia masih macam dulu lagi, tapi kali ni dia langsung tak menegur aku. Sedih juga, mungkin dia malu, aku pun tak tegur dia. Entahlah, berat betul hatiku menyapa fi, dia sedang berjalan dengan seorang awek cun - melecun. Ku lihat rambut fi masih lagi berwarna dan terpacak macam dulu. Masa itu, aku berdoa semoga Allah memberi hidayah kepada geng tu. Aku merasa tak berdaya bila bergerak seorang diri.

Aku mencari imej yang sesuai, kemudian terjumpa gambar karton seperti di atas. Siap dengan dialog lagi, dialog yang perlu difikirkan dengan teliti. Ada banyak sesuatu yang tak kena.

Sekarang, bila aku menyedari makna dakwah dan tuntutannya,.memahami keindahan islam dengan lebih baik,. Perkara ni selalu menerjah fikiranku. Kesuma, carilah mereka, mereka perlukan bantuan. Terngiang – ngiang bisikan ni. Aku tahu, bukan geng ni saja, ada ramai lagi geng seperti mereka yang perlu bantuan di luar sana. Tak pantas bagiku duduk di rumah bersenang lenang dan memikirkan kepentingan diri semata - mata.

Aduh, berat ni hendak dikerjakan seorang diri. So, let's move together for helping them. Pesan ku, hati - hati bila memilih teman, harap tidak terjerat dengan kelompok salah. Nanti, diri sendiri merana.

CARILAH PANDUAN YANG SESUAI AGAR TAK TERSALAH ARAH. HIDUP HANYA SEMENTARA.

Wednesday, November 19, 2008

fikir lagi,,



Jangan terus menerus menyalahkan diri.

Berilah peluang kepada diri untuk mencuba lagi hingga berjaya.

Kata – kata yang berjaya menembusi hatiku pada suatu malam yang hening, memang pada malam itu, kepalaku terasa sakit sekali. ‘Migraine’..? Entahlah, sakit yang teramat sangat, seperti nak hentakkan kepala ke dinding. Hatiku degil nak menelan ubat, ubat panadol? Macam tak makan saman..

Dua kalimah ayat di atas mengurangkan sedikit fokus fikiran ku tentang 'migraine' yang kurasa. Kata – kata nasihat daripada seorang teman yang sedang menuntut di luar negara kepada teman sebilikku. Teman sebilikku kemudian bercerita tentang kata – kata motivasi yang dia terima itu kepada aku.

Teman sebilikku kata, dia sangat suka dengan kata – kata motivasi itu, mungkin juga sebab dah imun asyik mendengar kalimah ‘bersabarlah,pasti ada hikmahnya’..’mungkin usaha masih kurang’…dan sebagainya lagi.

Kebetulan, aku dikelilingi oleh sahabat – sahabat yang memang ketagih ‘A’ dalam subjek yang diambil. Aku pula? Seperti hilang rasa terhadap ‘A’ sejak memasuki universiti. Ya..kerana aku telah mengubah pemikiran ku untuk tidak menilai dengan ‘A’. Tapi, bukanlah bermakna aku tidak mengusahakan ‘A’.

Setiap kali bila mengambil slip keputusan peperiksaan semester, tidak kiralah banyak ‘A’ atau sebaliknya..aku tetap kan keluar dari pejabat pengurusan fakulti dengan senyuman lebar, tak minat nak merungut apatahlagi sibuk – sibuk mengerling mata melihat slip keputusan kawan lain.

Setiap kali tiba hari menerima slip keputusan peperiksaan, ada pelbagai alasan yang dikemukakan sebagai menyokong sebab kegagalan, sebab kejayaan, sebab kesederhanaan, sebab banyak ‘A’…atau ‘C’.

Ada yang menyalahkan diri sendiri, tak belajar sungguh – sungguh, ada yang mengomel tentang sistem pembelajaran di universiti kurang efektif, cara pensyarah mengajar tidak menarik dll. Panas juga telinga aku mendengar luahan hati mereka dalam lif menuruni pejabat pengurusan itu.

Ada juga yang sengaja melewat – lewatkan diri untuk mengambil slip sebabnya mereka dah seolah – olah dah ada ‘instinct’, for sure got bad result’….


Mengapa kita tidak ingin menasihati diri untuk menghargai apa yang telah diri kita usahakan?

Sebesar mana pun, atau sekecil mana pun usaha yang telah kita lakukan, tidakkah lebih indah jika kita menghayati lalu menghargai hasil usaha kita, seterusnya mensyukuri apa yang telah ditetapkan Allah kepada kita. Ada insan yang sukar menerima kegagalan dalam hidupnya, tetapi sedarkah kita bahawa yang dikatakan individu yang berjaya itu bukan lah yang tidak pernah gagal.

Diri kita membenarkan keperluan pertukaran siang dan malam, putaran roda yang sekejap ke atas dan ke bawah tetapi berat untuk membenarkan kehadiran kegagalan untuk sementara menggantikan kejayaan?

Aku bukan menggalakkan kegagalan tapi ingin mengajak diri kita berfikir akan hikmah besar kehadiran sebuah kegagalan yang menyerikan lagi nilai kejayaan dalam hidup kita di dunia yang fana ini.

Soal banyak ‘A’ atau tak, berjaya mendapat anugerah atau tak,…bukan hal utama yang perlu diperjuangkan tetapi niat!!!

Niat kita semasa menuntut ilmu..semoga ikhlas kerana Allah, bukan berkehendakkan pada pujian manusia mahupun imbalan apabila berjaya menguasai sesuatu ilmu.

Perjuangkan niat yang ikhlas bila menuntut ilmu, biar redha Allah yang berjaya kita raih.